Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma- Fikry Ibrahim Dan Elfira Loy

Sipnosis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma- Fikry Ibrahim Dan Elfira Loy

Sipnosis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma- Fikry Ibrahim Dan Elfira Loy

 

Sipnosis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma- Fikry Ibrahim Dan Elfira Loy

Jangan lupa untuk menyaksikan  drama bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma yang diadaptasi  daripada sebuah novel karya Najmi Fetih. Drama ini dibarisi  pelakon-pelakon hebat  seperti Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Elfira Loy, Fadzil Zahari, Dania Azmi, dan ramai lagi. Dram ini adalah terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd arahan sutradara Shuhaimi Zulkefli. Akan menemui penonton di saluran Astro Oasis -106 dam Maya HD-135 pada 06/11/2017, jam 9.00 malam setiap hari Isnin hingga Rabu. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma- Fikry Ibrahim Dan Elfira Loy;

SINOPSIS DRAM KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA 

Drama ini mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai (Fikry Ibrahim), seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, kerana pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya.

Perjalanan taubatnya telah dibantu oleh Abang Surau (Fendy Bakry), nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab dan rapat.

Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya yang mencari redha Allah.

Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.

“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

 “Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

 “Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

 Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari. Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina.

 Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

 Manusia tak jahat, it is the dose that makes the poison. Pain – changes people.

 “Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.

 

TAJUK : KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA 

TARIKH / MASA : 06 November 2017

SIARAN : Astro Oasis-106 dan Maya HD-135

PENULIS NOVEL : Najmi Fetih

PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli

TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd

PARA PELAKON : Fikry Ibrahim, Elfira Loy, Fadzil Zahari, Dania Azmi, Fendy Bakry, Fahad Iman, Azzahra Ahmad, Fahmy Reza

 

 WATAK -WATAK PELAKON 

Fikry Ibrahim sebagai ‘Khairul Rafeeq –Kha’i

Elfira Loy sebagai ‘Solehah’

Fendy Bakry sebagai ‘Abang Surau’

Fadzil Zahari sebagai ‘Nazmi’

Dania Azmi sebagai ‘Nafisah’

 

LAGU TEMA / OST 

Lagu : Jalan Keluar

Artis : Rabithah

GAMBAR -GAMBAR PELAKON DRAMA KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA;

 

Sipnosis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma- Fikry Ibrahim Dan Elfira Loy

 

gambar pelakon kerna syurga bukan percuma

 

gambar pelakon kerna syurga bukan percuma

 

drama terbaru kerna syurga bukan percuma

 

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan drama terbaru ini, Fikry Ibrahim memang best gila berlakon drama tambah-tambah jadi hero, jom sama-sama saksikan.-Ramenpedas.com

Sumber: Myinfotaip / imanshoppe / IG #kernasyurgabukanpercuma

Incoming search terms:

Check Also

Viral Video Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

    Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura Pada 23/11/2017 …

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

  Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin …

Sipnosis Drama My Coffee Prince - Fattah Amin Dan Janna Nick

Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick

  Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick Jangn lupa untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *