Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Dekatkan Jarak Kita -Ayda Jebat Dan Syafiq Kyle

Sipnosis Drama Dekatkan Jarak Kita -Ayda Jebat Dan Syafiq Kyle

Sipnosis Drama Dekatkan Jarak Kita -Ayda Jebat Dan Syafiq Kyle

 

Sipnosis Drama Dekatkan Jarak Kita -Ayda Jebat Dan Syafiq Kyle

Jangan lupa untuk menonton drama bersiri terbaru Dekatkan Jarak Kita adaptasi daripada sebuah cerpen tulisan Syu Ariani. Drama ini menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat  seperti Syafiq Kyle dan Ayda Jebat.
Drama bersiri ini adalah terbitan JS Pictures Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah Azman Hj. Yahya. Telah disiarkan bermula 21 November 2017 yang lalu, setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di slot Samarinda -Tv3 (103). Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Dekatkan Jarak Kita -Ayda Jebat Dan Syafiq Kyle;
 
SINOPSIS DRAMA DEKATKAN JARAK KITA 
Drama ini mengisahkan tentang sepasang kembar tidak seiras, iaitu Tashriq  (Syafiq Kyle) dan Sofea (Riena Diana)  yang tinggal bersama ibu mereka, iaitu Umi Khadijah (Catriona Ross) setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil (Azhan Rani), sahabat lama keluarga itu yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupan mereka. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil pun berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui langsung bahawa Tuan Kamil ada mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas kesemua harta milik Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan lagi asas agendanya, Tuan Kamil telah menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofea kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofea. Suatu hari, Tuan Kamil telah membawa keluarganya pergi berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya telah didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa terus berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah pun meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran dengan kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya sendiri. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan cara perubatan kampung dan anak mereka Allysa (Ayda Jebat) tidak lagi akan keseorangan. Sofea dan Allysa menjadi semakin akrab, namun hubungan mereka menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa telah memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, iaitu Arif.

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif telah memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Akibat kerana terlalu kecawa, Sofea telah memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakannya  Sofea,  penyakit leukimianya mula merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem organ yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofea juga telah meninggalkan Alyssa dengan sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk pergi mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofea untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah telah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa sahaja.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa untuk  bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

TAJUK : DEKATKAN JARAK KITA 
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 21 November 2017
HARI / MASA : Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3- (103)
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Amyka Ahmad
PENULIS CERPEN : Syu Ariani
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim

WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sebagai ‘Alyssa / Sofea’
Syafiq Kyle sebagai ‘Tashriq’
Azhan Rani sebagai ‘Kamil’
Catriona Ross sebagai ‘Umi Khadijah’
Wan Sharmila sebagai ‘Riana’
Nadia Brian sebagai ‘Bella’
Raja Hakim sebagai ‘Arif’
Riena Diana sebagai ‘Sofea’
Aishah Atan sebagai ‘Zakiah’
Ziyan Ibrahim sebagai ‘Maksom’

LAGU TEMA / OST DEKATKAN JARAK KITA 
Tajuk : Tergantung Sepi
Penyanyi : Haqiem Rusli

GAMBAR-GAMBAR PELAKON DRAMA DEKATKAN JARAK KITA
Sipnosis Drama Dekatkan Jarak Kita -Ayda Jebat Dan Syafiq Kyle
gambar pelakon dram dekatkan jarak kita
gambar pelakon dram dekatkan jarak kita
Jangan lupa untuk menonton, pastinya drama ini akan trending kerana Ayda Jebat dan Syafiq kyle srta jalan cerita yang menarik. Tengok jangan tak tengok.-Ramenpedas.com
Sumber: Myinfotaip / IG #dekatkanjarakkita

Incoming search terms:

Check Also

Viral Video Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

    Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura Pada 23/11/2017 …

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

  Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin …

Sipnosis Drama My Coffee Prince - Fattah Amin Dan Janna Nick

Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick

  Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick Jangn lupa untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *