Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Bersiram Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Gambar Sekitar Majlis Bersiram Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Gambar Sekitar Majlis Bersiram Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

 

Gambar Sekitar Majlis Bersiram Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Petang semalam pasangan bakal pengantin baru iaitu pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob  telah diraikan dengan penuh meriah dalam majlis bersiram di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.

Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah berkongsikan beberapa gambar semasa majlis bersiram yang unik tersebut menerusi akaun Instagram (IG) mereka dengan menggunakan hashtag #MawarRafBersiram.

Bakal pengantin itu dilihat duduk bersama di atas pelamin yang dihias ringkas dengan bunga-bungaan serba putih lalu mereka telah disiramkan air bunga oleh kedua ibu masing-masing.

Majlis bersiram yang bertemakan Thai tersebut telah berlangsung cukup meriah  dan telah dihadiri ahli keluarga terdekat masing-masing. Pasangan yang sama cantik sama padan itu kelihatan sangat gembira dan bahagia sekali sepanjang upacara bersiram itu berlangsung.

Raf Yaakob turut membawa juga kedua-dua anaknya, Rayyan dan Chanela untuk bersama-sama meraikan detik-detik istimewa mereka itu.

Untuk pengetahuan anda, Majlis akad nikah Raf dan Mawar bakal berlangsung hari ini  pada pukul 2.30 petang di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dalam majlis yang akan berlangsung hari ini mereka telah memilih tema Jawa Tradisional. 

Ini adalah kerana Mawar Rashid  dan Raf mempunyai latar belakang keluarga yang berdarah campuran.

Mawar berdarah campuran Melayu-Thailand manakala ibu Raf Yaakob pula dari Indonesia. Jadi mereka akan gabungkan setiap tradisi masing-masing dalam setiap majlis yang diadakan nanti. Jadi mari RP kogsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Bersiram Mawar Rashid Dan Raf Yaakob;

 

Gambar Sekitar Majlis Bersiram Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

 

gambar mawar rashid bersiram

 

gambar mawar rashid bersiram

 

gambar majlis bersiram mawar rashid dan raf yaakob

 

gambar majlis bersiram mawar rashid dan raf yaakob

 

gambar-gambar majlis bersiram mawar rashid dan raf yaakob

 

gambar-gambar majlis bersiram mawar rashid dan raf yaakob

 

Tidak sabar untuk melihat Majlis Pernikahan dan Resepsi Mawar Rashid dan Raf Yaakob nih, pastinya akan meriah nanti.-Ramenpedas.com

Sumber: Astrogempak / IG mawarrashid #MawarrafBersiram / Offical Photographer @project2pi

Incoming search terms:

Check Also

Viral Video Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

    Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura Pada 23/11/2017 …

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

  Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin …

Sipnosis Drama My Coffee Prince - Fattah Amin Dan Janna Nick

Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick

  Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick Jangn lupa untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *