Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Red Velvet -Alif Satar Dan Neelofa

Sipnosis Drama Red Velvet -Alif Satar Dan Neelofa

Sipnosis Drama Red Velvet -Alif Satar Dan Neelofa

 

Sipnosis Drama Red Velvet -Alif Satar Dan Neelofa

Jangan lupa untuk menyaksikan drama terbaru adaptasi novel Red Velvet karya Acik Lana yang akan mula bersiaran menerusi slot Mega Drama di Astro Ria (123). Bakal menampilkan gandingan terbaru Alif Satar dan Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nadya Syahera, Alif Hadi dan ramai lagi.

Drama sebanyak 20 episod ini adalah arahan Hadith Omar. Akan bermula pada 23 Oktober 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Red Velvet -Alif Satar Dan Neelofa;

 

 SINOPSIS DRAMA RED VELVET

Drama ini mengisahkan Helena (Neelofa) yang tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling apabila dia ingin berkahwin dengan Fareeq  (Hafidz Roshdi) yang merupakan suami orang, suami kepada Suhaila (Amira Othman) .

Namun perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena untuk dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan telah merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena telah bertemu dengan Izzat (Alif Satar) seorang yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan lagi kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tidak kena di matanya.

Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena untuk  bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka mula bertaut dengan kasih sayang. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, akan berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

TAJUK : RED VELVET 

EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober 2017
HARI & MASA : Isnin Ahingga Khamis, jam 10.00 malam
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria- 104 & Ria HD -123)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Films
PARA PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Fatin Afeefa, Amira Othman

 

WATAK-WATAK PELAKON 

Alif Satar sebagai ‘Izzat’
Neelofa sebagai ‘Helena’
Hafidz Roshdi sebagai ‘Fareeq’
Amira Othman sebagai ‘Suhaila’
Alif Hadi sebagai ‘Daniyal’

LAGU OST DRAMA RED VELVET;
Alif Satar – Sesungguhnya Aku

GAMBAR-GAMBAR PELAKON;

 

Sipnosis Drama Red Velvet -Alif Satar Dan Neelofa

 

gambar pelakon drama red velve

 

gambar pelakon drama red velve

 

Jadi jangn lupa untuk menonton buat pertama kali gandingan Neelofa dan Alif satar, pastinya drama ini akan trending dan mendapat sambutan di kalangan peminat drama adaptasi novel. Selamat menonton.-Ramenpedas.com

Sumber: Myinfotaip / IG #Redvelvetdrama  #dramaredvelvet

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anne Curtis Pelakon Popular Filipina

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anne Curtis Pelakon Popular Filipina

  Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anne Curtis Pelakon Popular Filipina Baru-baru ini, Pelakon terkenal Filipina  iaitu …

Gelagat Raja Nazira Safya dan Abangnya YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah Tarik Tumpuan

Gelagat Raja Nazira Safya dan Abangnya YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah Tarik TumpuanCo

  Gelagat Raja Nazira Safya dan Abangnya YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Datuk Jalaluddin Hassan Dan Isteri

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Datuk Jalaluddin Hassan Dan Isteri

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Datuk Jalaluddin Hassan Dan Isteri Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal  …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *