Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Penyanyi Zehra Zambri

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Penyanyi Zehra Zambri

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Penyanyi Zehra Zambri

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Penyanyi Zehra Zambri

Tahniah diucapkan kepada Penyanyi dan penyampai Selamat Pagi Malaysia (SPM) Zehra Zambri  yang telah selamat bergelar isteri kepada seorang guru iaitu  Wan Muhammad Nurhariz Hariri Datuk Wan Mohd Affendi dengan hanya sekali lafaz sahaja pada jam 10.20 pagi sabtu 14/10/2017 yang lalu.

Zehra Zambri 30, yang terkenal dengan lagu nyanyiannya Semalakama telah dinikahkan  oleh bapanya sendiri iaitu Zambri Ahmad di Dewan Perkasa Wisma Perwira , Angkatan Tentera sabtu lalu. Mas kawin sebanyak RM1,000-00 beserta sebentuk cincin telah diserahkan semasa upacara pernikahan dan beserta lima dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas tujuh dulang hantaran dari pihak perempuan, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Semasa majlis berlangsung Zehra Zambri kelihatan begitu anggun dan menawan sekali dalam busana pernikahan berwrna putih sedondon dengan suaminya yang cukup segak berbaju melayu.

Majlis pernikahan yang berlangsung serderhana tetapi cukup meriah itu telah turut dihadiri oleh sanak saudara, ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan karib. Bagi majlis Resepsi pula yang berlangsung pada malam sabtu tersebut Zehra kelihatan cukup jelita bak puteri ketika mengenakan gaun perkahwinan berwarna kuning keemasan, manakala suaminya pula segak mengenakan tuxedo.

Untuk pengetahuan anda Zehra telah dirisik oleh keluarga Wan Muhammad Nurhariz pada 8 April yang lalau selepas mula berkawan awal tahun ini.  Majlis sanbut menantu pula akan diadakan di Kota bahru Kelantan, 18 Oktober nanti. Jadi mari RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Penyanyi Zehra Zambri;

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Penyanyi Zehra Zambri

 

gambar zehra zambri nikah

 

gambar zehra zambri nikah

 

gambar majlis resepsi penyanyi zehra zambri

 

gambar majlis resepsi penyanyi zehra zambri

 

gambar zehra zambri kawin

 

Tahniah diucapkan kepada Zehra Zambri dan suami, diharapkan agar perhubungan yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. –Ramenpedas.com

Sumber : IG #zehrawedding / #zehraharis / #zehrazambri / Offical Photografer ainuddinhatastudio

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anne Curtis Pelakon Popular Filipina

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anne Curtis Pelakon Popular Filipina

  Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anne Curtis Pelakon Popular Filipina Baru-baru ini, Pelakon terkenal Filipina  iaitu …

Gelagat Raja Nazira Safya dan Abangnya YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah Tarik Tumpuan

Gelagat Raja Nazira Safya dan Abangnya YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah Tarik TumpuanCo

  Gelagat Raja Nazira Safya dan Abangnya YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Datuk Jalaluddin Hassan Dan Isteri

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Datuk Jalaluddin Hassan Dan Isteri

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Datuk Jalaluddin Hassan Dan Isteri Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal  …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *