Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

 

 

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

 

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

Jangan lupa untuk menyaksikan  drama terbaru adaptasi novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah yang menghiasi slot Akasia TV3. Mengandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Drama ini adalah terbitan Country & Universal Sdn. Bhd.

Drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Telah menemui para penonton bermula 10 Julai 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia;

 

SINOPSIS DRAMA PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) telah dikejutkan dengan berita tunangnya, iaitu Sharul Nizam (Azrel Ismail)  yang enggan menikahinya. Bimbang akan maruah keluarga bakal tercemar, Yuhanis menebalkan mukanya untuk merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan ( Idris Khan) merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekeras-kerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga  masih lagi trauma dengan perceraianya dua tahun lalu.

Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu hidupnya diganggu dan cuma menganggap ikatan perkahwinan tersebut hanya bersifat sementara.

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri sendiri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan isterinya Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan sering patuh kepadanya walaupun dia tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi tiba-tiba muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

Rumah tangga yang dibina mulai goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang masih belum terlerai. Ada cinta yang masih belum terucap. Ada perkara yang masih belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?.

 

TAJUK : PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN

EPISOD : 28 episod semuanya
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2017
HARI & MASA : Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang
SIARAN : di Slot Akasia TV3
SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : Umi Syidah
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PARA PELAKON : Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Daim Jailani, Haeriyanto Hassan, Jesse Lim

 

WATAK -WATAK PELAKON 

Raysha Rizrose sebagai ‘Yuhanis (Hani)’
Idris Khan sebagai’Saiful Mizan’
Azrel Ismail sebagai ‘Sharul Nizam’
Zera Hariz sebagai ‘Shila’
Aprena Manrose sebagai ‘Suraya’
Zulkifli Ismail sebagai ‘Encik Marzuki’
Sheila Mambo sebagai ‘Azimah’
Zain Hamid sebagai ‘Sharif’
Daim Jailani sebagai ‘Zul’

 

Gambar-gambar pelakon drama Pinggan tak retak nasi tak dingin;

 

 

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

 

gambar pelakon pinggan tak retak nasi tak dingin

 

 

gambar pelakon pinggan tak retak nasi tak dingin

 

Pastinya drama ini akan trending dan digilai ramai kerana sipnosisnya dan para pelakon kerana mesti ramai yang ingin melihat gandingan diantara Idris Khan dan Raysha Rizrose sebagai hero dan heroin. Tengok jangan tak tengok-Ramenpedas.com

 

 

Sumber: myinfotaip / IG #pinggantakretaknasitakdingin

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *