Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Mencintaimu Mr Photographer- Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha

Sipnosis Drama Mencintaimu Mr Photographer- Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha

Sipnosis Drama Mencintaimu Mr Photographer- Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha

 

Sipnosis Drama Mencintaimu Mr Photographer- Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha

Malam ini bermulanya  drama terbaru adaptasi daripada  novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang dimana akan mengandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai pelakon utama. Drama bersiri terbitan syarikat MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Ianya akan disiarkan pada 03 Julai 2017 setiap hari Isnin hingga Khamis, pada jam 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Mencintaimu Mr Photographer- Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha

 

SINOPSIS DRAMA MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

Aku sudah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy menjadi semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!

“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan rasa cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”

Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah menjadi seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia turut tercipta. Status seorang isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tidak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?

 

TAJUK : MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

TARIKH & MASA : 3 Julai 2017

SIARAN : saluran Astro Ria 104 & HD 123

PENULIS NOVEL : Emma Mariam

PENGARAH : Eyra Rahman

TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd

PARA PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura,  Hairie Othman, Elvina Chua, Ikmal Amry

 

 WATAK -WATAK PELAKON 

Syafiq Kyle sebagai ‘Jemy’

Hannah Delisha sebagai ‘Aira Qaisara’

Arash Mohd sebagai ‘Tan Sri Megat’

Marisa Yasmin senbagai ‘Marlia ‘

Ariz Lufias sebagai ‘Nazrul Elyas’
Aishah Azman sebagai ‘Mila’

 Gambar-gambar Pelakon drama Mencntaimu Mr Photographer;

 

Sipnosis Drama Mencintaimu Mr Photographer- Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha
drama terbaru mencintaimu mr photograper
drama terbaru mencintaimu mr photograper
drama terbaru syafiq kyle dan hannah delisha
drama terbaru syafiq kyle dan hannah delisha

Pastinya drama ini kan meletup-letup seperti dam sebelumnya, ini kerana pelakon utamanya adalah Syafiq Kyle yang dimana namanya sekarang sedang meningkat naik. Tambahan pula heroin adalah pelakon cantik jelita Hannah Delisha, sudah pasti ramai ternanti-nanti gandingan mereka ini. Jom kasi trending, trngok jagn tak tengok-Ramenpedas.com

Sumber: Myinfotaip / IG #mencintaimumrphotographer

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *