Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

 

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

pada 07/07/2017 yang lalu pelakon Mawar Rashid telah pun mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau yang lebih popular dengan panggilan Raf, Menurut Mawar, 22, Raf telah menghantar rombongan merisik pada awal Mei yang lalu sebelum membuat lamaran, kira-kira sebulan selepas itu.

Perkongsian mengenai lamaran berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi peminat dan masyarakat di sosial media. Menurut Mawar “Sebenarnya Raf telah menghantar rombongan merisik pada 7 Mei lalu sebelum membuat lamaran romantik berkenaan, yang dimana hanya membabitkan kami berdua.

Penjelasan ini dibuat kerana ada yang mendakwa kami cuba membelakangkan adat Melayu. “Majlis pertunangan ini turut diadakan secara ringkas dan hanya telah dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak sahaja. Kami juga memilih untuk tidak membalas dulang kerana ia juga adalah keputusan pada saat -saat akhir.

“Insya-Allah, kami akan menjemput kesemua pihak untuk majlis kahwin kami nanti. Buat masa ini, kami masih belum memilih sebarang tarikh bagi majlis perkahwinan, tetapi merancang untuk bernikah dalam tahun ini juga,”

Mawar Rashid byang mencipta nama menerusi drama Suamiku Paling Sweet itu kelihatan sangat anggun menggayakan busana rona kuning hasil sentuhan Cosry.

Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid terbuka hati menerima lamaran Raf kerana  lelaki itu dapat membimbing beliau menjadi insan yang lebih baik, selain mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Sebelum ini, Mawar telah berkongsi detik indah dilamar oleh Raf di laman Instgram miliknya, 32, yang dimana dia adalah adik kepada Datuk Fazley Yaakob, di dalam sebuah rumah kosong yang bakal didiami oleh mereka selepas berumah tangga nanti.

Gambar Majlis Pertunangan mawar Rashid;

 

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

 

gambar mawar rashid bertunang

 

 

gambar mawar rashid bertunang

 

majlis pertunangan mawar rashid

 

 

 

 

 

 

 

Setelah lama bercinta, akhirnya pelakon popular Izara Aishah bakal menamatkan zaman gadisnya dengan mengadakan majlis merisik dan bertunang daripada pihak keluarga pasangan cinta hatinya, iaitu Adib Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios

 

Majlis yang sederhana tetapi meriah itu telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat yang telah berlangsung dalam suasana ceria di kediaman Izara, bertempat di Shah Alam.

Dikhabarkan, pasangan muda yang sama cantik sama padan ini, bakal disatukan pada 17.11.17 dalam majlis akad nikah dan majlis resepsinya pula adalah pada 19.11.17 nanti.

Tiga buah dulang dari pihak lelaki buat si jelita Izara adalah berupa sirih junjung, kek dan manisan serta sebentuk cincin sebagai tanda si gadis sudah diikat . Dulang hantaran telah dihiasi indah dengan bunga-bunga segar yang mendapat sentuhan magis daripada pereka perkahwinan terkenal, Nas Great idea. Manakala pihak perempuan pula membalas dengan lima buah dulang hantaran yang direka dengan cantik sekali

Bonda tercinta, YM Tengku Datin Seri Zawyah tersenyum gembira bakal menerima menantu tidak lama lagi berkata,  “Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya juga mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan sehingga ke jenjang pelamin.

Hari ini berlangsungnya majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna,  merisik dan bertunang. Saya doakan semoga jodoh ini akan terus berkekalan hingga ke jannah. Aamin.” Izara tampil anggun menawan sekali dalam persalinan oleh pereka terkenal, Yadotsa.

Gambar Majlis merisik dan Bertunang Izara Aishah;

 

 

gambar majlis merisik izara aishah

 

 

gambar majlis merisik izara aishah

 

gambar majlis bertunang izara aishah

 

gambar majlis bertunang izara aishah

 

Tahniahhh diucapkan sekali lagi kepada Mawar Rashid dan Izara Aishah, semoga hubungn yang dibina ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan berkekaln hingga akhir hayat.-Ramenpedas.com

Sumber : BH Online/ Nona / IG mawarrashid / Offical Photographer kakifoto_ / oh media / 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *