Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Dengan sekali lafaz sahaja, Hani yang dimana penyampai radio Era, telah  selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Wan Faiz Wan Nor, 30, tepat pada 4 petang pada tarikh 07/07/2017.

Hani atau nama sebenarnya, Intan Farhani Mohd Fadzil, 26, dan pasangan telah dinikahkan oleh bapanya sendiri Mohd Fadzil Mohd Ali bersaksikan Imam dan Juru Nikah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Ustaz Hafizan Ibrahim.

Majlis pernikahan yang cukup romantis dan sangat meriah itu diadakan di The Grand Ballroom Bora Ombak, Marina Putrajaya. Hani yang cukup anggun mengenakan busana kurung moden berona hijau itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta sebentuk cincin daripada suami tercintanya.

Sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya oleh pasagan tersebut. Pasangan ini masing-masing berbalas tujuh dulang hantaran.

Manakala majlis resepsi yang berlangsung keesokkan hari juga ternyata berlansung dengan meriahnya. Pada majlis resepsi tersebut Hani semimangnya cukup jelita mengenakan  busana berwarna hijau lumut manakala suaminya segak berkot hitam. Majlis urut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan , sanak saudara serta rakan-rakan Radio Era.  Hani adalah merupakan penyampai Johara 30 Era yang bersiaran jam 1 hingga 4 petang setiap hari Isnin hingga Khamis.

Gambar Majlis Pernikahan dan Resepsi  Hani Era;

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

 

 

 

gambar hani era nikah

 

gambar hani era nikah

 

 

gambar resepsi hani era

 

 

gambar resepsi hani era

 

Dengan hanya dua kali lafaz, pelakon Anis Al- Idrus, 29, telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya,  Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35, pada 07/07/2017.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa Anis sendiri , Syed Zainal Syed Abu Bakar Al- Idrus dihadapan imam dan Juru Nikah Masjid Al- I’tisam, TTDI, Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib kira-kira jam 9:40 malam.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al- Idrus dan Rafzan telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang cukup indah dan meriah bertempat di De’ Laman Event Space and Wedding, Shah Alam.

Pada majlis tersebut, pihak lelaki telah memberikan tiga dulang hantaran, dan berbalas lima beserta mas kahwin adalah berupa satu set barang kemas. Walaubagaimanapun, pasangan ini telah memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Di Majlis pernikahan tersebut Anis  kelihatan begitu anggun dan jelita sekali apabila mengenakan busana berwarna putih sedodon dengan suaminya, tambah menarik Anis selasa mengenakan kasut sneakers daripada kasiut tumit tinngi p[ada majlis tersebut.

Anis juga memberitahu dia berasa amat lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar. “Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan kami terus bersama hingga ke akhir hayat. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sanak saudara, ahli keluarga dan rakan-rakan karib. “Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis sederhana saya,” katanya.

Gambar Majlis Pernikahan dan Resepsi Anis Al-Idrus;

 

gambar anis al-idrus nikah

 

gambar anis al-idrus nikah

 

 

 

 

gambar majlis resepsi anis al-idrus

 

gambar majlis resepsi anis al-idrus

 

 

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan yang sama cantik sama padan ini, semoga hubungan yang dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan dengan anak-anak yang comrl-comel. –Ramenpedas.com

Sumber:: IG anisalidrus / Offical Photographer kaki5photo / lawalawala.ig / IG hahanybunch / Offical Photographer syafiq_ishak / #finallyfani

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *