Home » gambar artis kahwin » Tahniah Anak Timbalan Perdana Menteri Selamat Bernikah Di Mekah

Tahniah Anak Timbalan Perdana Menteri Selamat Bernikah Di Mekah

Tahniah Anak Timbalan Perdana Menteri Selamat Bernikah Di Mekah

 

Tahniah Anak Timbalan Perdana Menteri Selamat Bernikah Di Mekah

Tahniah anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah selamat melangsungkan upaca pernikahan dengan usahawan Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff di Masjidilharam, Mekah semalam.

Nurul yang merupakan seorang pengacara rancangan bual bicara Assalamualaikum di TV Al Hijrah dan Saiful dinikahkan oleh bapa Nurul sendiri, iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Syukur pada Allah kerana segala yang dirancang berjalan lancar. Saya tidak mampu mengucapkan betapa gembira dan bersyukurnya kerana niat untuk mendirikan rumah tangga di masjid paling agung dimakbulkan oleh-Nya.

“Bahkan, saya juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana ahli keluarga khususnya ibu bapa serta ahli keluarga dan kenalan terdekat turut bersama-sama meraikan hari bahagia saya,”

Pada majlis pernikahan di masjid teragung umat Islam itu, Nurul menerima sebentuk cincin serta sejumlah wang mas kahwin dan hantaran daripada suaminya.

Menurut Saiful Nizam yang merupakan seoarng ahli perniagaan dan Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn. Bhd. ‘Saya telah bertemu dengannya melalui beberapa mesyuarat berkaitan perniagaan. Sepanjang tempoh itu dia banyak memberikan nasihat mengenai bisnes.’Saya menyedari bahawa saya mahu menjaga wanita ini dan anak-anaknya. Jadi saya pun bertanya kepadanya mengenai hal ini.

“Pada mulanya, apabila saya mengajaknya berkahwin, beliau enggan dan memberitahu jika saya serius, saya perlu bertemu dengan ibu bapanya dulu, dan saya buat. Sekarang, saya bersyukur kerana mendapat restu mereka dan saya gembira kerana kami akhirnya bersatu.”

 

Tahniah Anak Timbalan Perdana Menteri Selamat Bernikah Di Mekah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

gambar anak tpm nikah

 

 

gambar anak tpm nikah

 

Pasangan pengantin baharu ini dijangka pulang dari Makkah pada Jumaat ini (23 Jun) dan akan mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dalam masa dua bulan lagi di lokasi yang akan disahkan nanti.

Turut hadir pada majlis pernikahan itu ialah ibu Nurulhidayah, Datin Seri Hamidah Khamis dan pasangan suami isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza. Tahniah diucapkan sekali lagi-Ramenpedas.com

Sumber : malaysiandigest / IG nurulzahid

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *