Home » Informasi » Resepi Rendang Ayam Kampung Mak Saya Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Rendang Ayam Kampung Mak Saya Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Rendang Ayam Kampung Mak Saya Yang Mudah Dan Sedap

 

 

Resepi Rendang Ayam Kampung Mak Saya Yang Mudah Dan Sedap

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasti hari raya ini ditunggu-tunggu oleh semua kerana waktu inilah kita akan berkumpul untuk meraikan hari raya.

Ditambah pula berbagai -bagai hidangan akan terhidang antaranya Rendang Ayam, Lontong, Lemang, Nasi Impit, Kuah Kacang serta berbgai-bagai jenis kuih raya. Antara juadah yang menjadi pilihan utama RP di hari raya adalah Rendang Ayam Kampung mak dan lemang. Jadi mari RP kongsikan  Resepi Rendang Ayam Kampung Mak Saya Yang Mudah Dan Sedap untuk anda semua;

 

Bahan-bahan yang diperlukan;

  • Ayam kampung seekor (potong ikut citarasa)
  • Cili kering 10 tangkai (ikut tahap kepedasan yang disukai, kami suka pedas-pedas) (rebus cili terlebih dahulu)
  • 3 batang serai (dipotong kecil-kecil)
  • Satu inci Halia
  • Sedikit Lengkuas
  • 3 biji Bawang Merah
  • Santan (1 biji kelapa)
  • Sedikit Minyak Masak
  • Kerisik
  • garam secukup rasa

 

Cara-cara memasaknya;

  1. Blendkan cili kering, halia, lengkuas, bawang merah dan serai;
  2. Letakkan sedikit minyak masak dan tumis bahan yang diblender tadi;
  3. Apabila cili sudah masak baru dimasukkan ayam kampung tadi;
  4. Apabila ayam sudah mesra dengan cili tadi barulah dimasukkan santan; masukkan juga garam secukup rasa;
  5. Apabila kuah sudah hampir kering barulah dimasukkan satu sudu kerisik. kacau sehingga sebati. siapa untuk dihidangkan.

Sememangnya resepi rendang ayam kampung mak saya ini amat sedap dimakan tidak kira dengan lemang, nasi putih mahupun nasi impit.

Tips- apabila kita masukkan ayam lambat sedikit, ayam tidak akan hancur dengan cepat.  Selamat mencuba gerenti menjilat jari.- Ramenpedas.com

Sumber: Resepi mak saya

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *