Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Terbaru Semusim Rindu- Intan Ladyana Dan Ben Amir

Sipnosis Drama Terbaru Semusim Rindu- Intan Ladyana Dan Ben Amir

Sipnosis Drama Terbaru Semusim Rindu- Intan Ladyana Dan Ben Amir

 

Sipnosis Drama Terbaru Semusim Rindu- Intan Ladyana Dan Ben Amir

Drama bersiri terbaru Semusim Rindu adaptasi daripada novel Semusim Rindu karya Aleya Aneesa akan disiarkan menerusi slot Tiara Astro Prima-105 Dan Astro Maya HD-135. Sebuah drama terbitan MIG Prouction dan dibarisi pelakon-pelakon hebat  seperti Ben Amir dan Intan Ladyana. Jangan lupa untuk menyaksikan drama ini  yang akan bermula pada 29 Mei 2017 ini. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Terbaru Semusim Rindu- Intan Ladyana Dan Ben Amir;

 

 SINOPSIS DRAMA SEMUSIM RINDU 

Drama ini mengisahkan tentang Hajar Adira (Intan Ladyana) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun lagi, sejak itu dia tinggal bersama-sama dengan ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Oleh kerana tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya selama 5 tahun, Hajar telah nekad untuk melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar telah hilang punca tanpa mengetahui arah yang perlu  dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan pasangan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Muncul pula Ikhman (Ben Amir), lelaki yang amat suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun disebabkan keegoannya yang tinggi telah menjadi penghalang untuknya  berterus-terang. Pertemuaan diantara mereka itu juga telah membuka jalan untuk Hajar bertemu semula dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun untuk mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula telah setuju untuk disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka telah berlangsung dengan syarat, yang mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.

 

TAJUK : SEMUSIM RINDU 

  • TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
  • HARI  & MASA : Isnin – Jumaat, jam 6.00 petang
  • EPISOD: 40 Episod semuanya
  • SIARAN : Astro Prima -105 &  Maya HD -135
  • PENULIS NOVEL : Aleya Aneesa
  • PENGARAH : Ejump Zahir
  • TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
  • PARA PELAKON : Ben Amir, Intan Ladyana, Aizat Hassan, Yerlly Yarifin, Dayang Areeda, Haliza Misbun, Kartina Aziz

 

WATAK-WATAK PELAKON 

  • Ben Amir sebagai ‘Ikhman’
  • Intan Ladyana sebagai ‘Hajar / Hani’
  • Dayang Areeda sebagai ‘Hanna’
  • Haliza Misbun sebagai ‘Datin Nasriah’
  • Kartina Aziz sebagai ‘Nazimah’

 

 Gambar-gambar pelakon drama Semusim Rindu

 

Sipnosis Drama Terbaru Semusim Rindu- Intan Ladyana Dan Ben Amir

 

drama semusim rindu

 

drama semusim rindu

 

drama terbaru semusim rindu- intan ladyana

 

drama terbaru semusim rindu- intan ladyana

 

Pastinya drama Semusim Rindu inai kan menjadi fenomena kerana Intan Ladyana sudah lama tidak berlakon, pastinya ramai peminatnya akan menonton drama ini. Manakala Ben Amir pula mempunyai lakonan yang agak hebat juga dan semestinay penonton akan seronok untuk melihat keserasian hero dan heroin drama ini. Jadi jangn lupa untuk menonton-Ramenpedas.com

Sumber: Myinfotaip / IG #semusimrindu

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah pada 07/07/2017 yang …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *