Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Juliana Evans Dan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Juliana Evans Dan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Juliana Evans Dan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Juliana Evans Dan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara popular, Juliana Evans, 27, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya, iaitu Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, pada 30/04/2017.

Juliana Evans atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans selamat diijab kabul bersama suaminya tercintanya yang adalah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan hanya sekali lafaz sahaja pada jam 10.45 pagi.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful.

Pelakon filem Bella dan Jamie itu tidak mengikat tali pertunangan sebelum membuat keputusan untuk terus bernikah.

Juliana turut meluahkan rasa kesyukuran kerana pada hari yang bersejarah itu berjalan dengan lancar dan majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terdekat kedua-belah pihak. Juliana Evans kelihatan begitu menawan dalam persalinan serba putih semasa majlis pernikahan berlangsung sedondon dengan suaminya.

“Alhamdulillah, saya kini sudah sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Dan saya berharap agar peminat terus dan akan mendoakan kebahagiaan kami,” jelas Juliana yang akan meneruskan aktiviti seninya seperti biasa selepas ini.

Untuk pengetahuan anda, mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu. dan Majlis resepsi pasangan bahagia ini  dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi mari RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Juliana Evans Dan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah untuk tatapan anda;

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Juliana Evans Dan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah

 

juliana evans kawin

 

juliana evans kawin

 

gambar juliana evans nikah

 

gambar juliana evans nikah

 

Tahniah sekali lagi RP ucapkan kepada Juliana Evans dan semoga hubungan yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Tidak sabar nak tunggu majlis resepsi nanti.-Ramenpedas.com

Sumber: MH / IG Julianaevans / #SJ430 / Offical Photografer Dreampeeks

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *