Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Shh… I love You Slot Akasia- Gambit Saifullah Dan Elvina

Sipnosis Drama Shh… I love You Slot Akasia- Gambit Saifullah Dan Elvina

Sipnosis Drama Shh... I love You Slot Akasia- Gambit Saifullah Dan Elvina

 

Sipnosis Drama Shh… I love You Slot Akasia- Gambit Saifullah Dan Elvina

Drama terbaru adaptasi novel Shh… I Love You karya Farisya Natasha yang mengisi slot Akasia di TV3 telah menemui penonton pada 03 April 2017. Sebuah drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dan dibawah arahan Nizam Zakaria.  Mengandingan pelakon hebat Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama serta ramai lagi. Drama ini sudah mula ditayangkan pada 03 April 2017 dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di Slot Akasia TV3. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Shh… I love You Slot Akasia- Gambit Saifullah Dan Elvina;

 

SINOPSIS DRAMA SHHH I LOVE YOU

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa buat pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-beradiknya. Perkenalan yang singkat telah membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia tersimpan disebaliknya.

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap penyakit miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya telah gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak daripada itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usianya menjangkau 18 tahun dan apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu amat sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu telah dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri.  10 tahun telah berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah pun boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Oleh  kerana itu, Aidan sanggup mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cubauntuk  meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

  

TAJUK : SHH… I LOVE YOU

EPISOD : 28 episod semuanya
TARIKH TAYANGAN : 03 April 2017
HARI & MASA : Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farisya Natasha
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PARA PELAKON : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

WATAK-WATAK PELAKON 

  • Gambit Saifullah sebagai ‘Kapten Aidan’
  • Elvina Mohamad sebagai ‘Nur Nadia Omar’
  • Tash Yong sebagai ‘Sumayyah’
  • Hafreez Adam sebagai ‘Naufa’l
    Aien Zahalan sebagai ‘Diana’
    Hani Nazrina sebagai ‘Ain’
    Bella Nazari sebagai ‘Sumaira’

 

Gambar-gambar pelakon Shh… I Love You

 

Sipnosis Drama Shh... I love You Slot Akasia- Gambit Saifullah Dan Elvina

 

 

drama terbaru shhh... i love you

 

drama terbaru shhh... i love you

 

dram terbaru gambit saifullah

 

dram terbaru gambit saifullah

 

Apakah kesudahan cinta Aidan dan Nadia, mampukah rumahtangga mereka bertahan, jadi mari sama-sama kita saksikan. Gerenti meletup dan trending nanti nih. Dah lama Gambit tak jadi hero, dan sipnosisnya pun lain dari drama biasa. tengok jangan tak tengok-Ramenpedas.com

Sumber: myinfotaip / IG #shhiloveyou

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *