Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Jadikan Aku Yang Kedua- Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Sipnosis Drama Jadikan Aku Yang Kedua- Amar Baharin Dan Amyra Rosli

 

Sipnosis Drama Jadikan Aku Yang Kedua- Amar Baharin Dan Amyra Rosli

 

Sipnosis Drama Jadikan Aku Yang Kedua- Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Astro Oasis mempersembahkan sebuah drama adaptasi terbaru daripada novel Jadikan Aku Yang Kedua hasil nukilan Siti Khadijah. Drama ini menampilkan gandingan hebat pasangan suami isteri iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli serta Yana Samsudin. Drama bersiri sebanyak 18 episod itu diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn Bhd. Drama bersiri ini sudah mula bersiaran  pada  3 April 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9.00 malam di Astro Oasis saluran 106 dan Astro Maya HD saluran 135. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Jadikan Aku Yang Kedua- Amar Baharin Dan Amyra Rosli;

 

SINOPSIS JADIKAN AKU YANG KEDUA

“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat untuk  mengubah cinta ini malahan perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan semoga sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama diantara Nuha Saqeena (Amyra Rosli) dan Thaqif Aswad ( Amar Baharin) menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar untuk melupakan memori silam ketika bersama dengan si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar didalam hati yang dimana telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Akan tetapi kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembarnya yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri iaitu seorang ibu buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tetapi awak tidakk boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima diri saya tetapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu terlalu dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah turut merumitkan lagi hubungan antara mereka berdua.

Kebencian Hajah Latifah terhadapnya ,membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini yang akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje daripada dulu. Tidak payah saya jatuh cinta pada awak!” – THAQIF ASWAD.

Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia untuk menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hatinya? Dapatkan Nuha Saqeena untuk menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya akan menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?

Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?

“Jikalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha akan sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.

 

TAJUk : JADIKAN AKU YANG KEDUA

EPISOD : 18 episod semuanya
TARIKH TAYANGAN : 03 April 2017
HARI & MASA : Isnin hingga Rabu, jam 9.00 malam
SIARAN : Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135 (Slot #Raihana)
PENULIS NOVEL : Siti Khadijah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd
PARA PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Fahrin Ahmad, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad, Jesh Thiam, Nadia Khils, Jasmin Hamid

 

 WATAK- WATAK PELAKON 

  • Amar Baharin sebagai ‘Thaqif Aswad’
  • Amyra Rosli sebagai ‘Nuha Saqeena’
    Yana Samsudin sebagai ‘Wawa /  Wazirah’
    Fahrin Ahmad sebagai ‘Cikgu Rashid’
    Adibah Noor sebagai ‘Hajah Latifah’
    Rahim Omar sebagai ‘Haji Lokman’
    Nadia Khils sebagai ‘Nurin’

 

Gambar-gambar pelakon drama Jadikan Aku Yang Kedua’

 

Sipnosis Drama Jadikan Aku Yang Kedua- Amar Baharin Dan Amyra Rosli

 

drama jadikan aku yang kedua

 

drama jadikan aku yang kedua

 

drama terbaru amar baharin

 

Berjayakah cinta Nuha terhadap Thaqif, jom sama-sama kita saksikan. Gerenti drama nih meletup dan trending, sebab pasangan romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli jadi heroa  dan heroin, pastinya gadingan mereka ditunggu-tunggu peminat. Tambah-tambah ade Yana Samsudin yang sudah lama tidak berlakon. Jadi apa lagi tengok jangan tak tengok.-Ramenpedas.com

Sumber: Google / IG #jadikanakuyangkedua

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *