Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati- Alif Satar Dan Nabila Razali

Sipnosis Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati- Alif Satar Dan Nabila Razali

 

Sipnosis Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati- Alif Satar Dan Nabila Razali

 

Sipnosis Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati- Alif Satar Dan Nabila Razali

Drama bersiri terbaru adaptasi novel popular Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi bakal  disiarkan menggantikan drama Cik Serba Tahu di slot Mega Drama (Astro Ria) Ria HD 123.  Menampilkan gandingan baru pelakon hebat seperti Alif Satar dan Nabila Razali. Drama terbitan daripada Suhan Movies & Trading Sdn Bhd adalah arahan Shalini Balasundaram. Drama bersiri ini akan menemui penonton bermula pada 24 April 2017, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD 123. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati- Alif Satar Dan Nabila Razali;

 

SINOPSIS DRAMA HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI

Wafeen Wardah (Nabila Razali) mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan (Hafreez Adam). Sayangnya, sekian lama dia menanti tetapi masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tidak sabar untuk menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji sehinggalah suatu hari dia telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl (Alif Satar). 

Rayyan Rayqarl yang telah kehilangan ibunya disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji mereka. Oleh itu Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia mula jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja itu sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adalah adik tiri Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya.

Sementara itu, Daniel telah dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn membuatkan Wafeen kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen cuba merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu telah merancang dengan Tengku Zarynn untuk memenangi hati Wafeen.  Dapatkah Rayyan memenangi hati Warfeen.

 

TAJUK : HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI 

EPISOD : 20 episod semuanya
TARIKH TAYANGAN : pada 24 April 2017
HARI  & MASA : Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam
SIARAN : di saluran Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
OLAHAN SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : E-Man Sufi
PENGARAH : Shalini Balasundaram
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PARA PELAKON : Alif Satar, Nabila Razali, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Aien Zahalan, Syafiq M. Nazri, Rykarl Iskandar, Yaya Zahir, Aneesa Sofea, Naseem Hafiy, Nur Iman Elweena, Zila Bakarin, Ruminah Sidek

 

 WATAK WATAK PELAKON  

Alif Satar sebagai ‘Rayyan Rayqarl’
Nur Nabila Mohd Razali sebagai ‘Wafeen Wardah Awaluddin’
Hafreez Adam sebagai ‘Daniel Elhan’
Nadiyah Shahab sebagai ‘Tengku Zarynn’
Yaya Zahir sebagai ‘Valqis Aulia’
Syafiq M. Nazri sebagai ‘Uwais’
Aien Zahalan sebagai ‘Hanna’
Rykarl Iskandar sebagai ‘Firdaus’
Zila Bakarin sebagai ‘Datin Ann’

 

 Gambar-gambar Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati

 

Sipnosis Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati- Alif Satar Dan Nabila Razali

 

drama terbaru hikayat cinta si pematah hati

 

drama terbaru hikayat cinta si pematah hati

 

drama bersiri hikayat cinta si pematah hati

 

Tidak sabar hendak tengok Alif Satar sebagai Ryyan Raiqai, mesti best dan nak tengok juga Nabila sebagai Warfeen. Gandingan terbaru nih, gerenti meletup drama nih nanti, sebab novelnya best gilew. Nak tengok juga Uwais dan Hannah. Jadi tengok jangan tak tengok-Ramenpedas.com

Sumber :Myinfotaip / IG #hikayatcintasipematahhati

 

Incoming search terms:

Check Also

Lirik Lagu Warkah Buatku -Ara AF2016 Ost Sayang Papa Saya Tak

Lirik Lagu Warkah Buatku -Ara AF2016 Ost Sayang Papa Saya Tak

  Lirik Lagu Warkah Buatku -Ara AF2016 Ost Sayang Papa Saya Tak Lagu Warkah Buatku …

kedai basikal bandar tun razak

Basikal vs Jogging! Mana lebih elok untuk kesihatan?

Basikal vs Jogging! Mana lebih elok untuk kesihatan? Assalamualaikum..  semakin ramai rakyat malaysia yang sedar …

Gambar Nia Ramadhani (Bawang Merah) Yang Jelita Ketika Maternity Shoot

Gambar Nia Ramadhani (Bawang Merah) Yang Jelita Ketika Maternity Shoot

      Gambar Nia Ramadhani (Bawang Merah) Yang Jelita Ketika Maternity Shoot Sipa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *