Home » Hiburan » Trending Video Smule Abang Bomba Anak Saleem Iklim

Trending Video Smule Abang Bomba Anak Saleem Iklim

Trending Video Smule Abang Bomba Anak Saleem Iklim

 

Trending Video Smule Abang Bomba Anak Saleem Iklim

Video Smule seorang anggota bomba yang sedang trending dan menjadi perbualan di laman sosial Youtube kerana mempunyai suara mirip Saleem Iklim, ternyata rupa-rupanya dia adalah anak lelaki kepada vokalis Iklim itu. Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Nursyafiq Farhain dikatakan aktif menyanyi di aplikasi Smule dan videonya mula menjadi perkongsian ramai di laman Youtube sejak dua yang hari lalu.

Video nyanyian Nursyafiq  Farhain jejaka kelahiran Kampung Chalok, Setiu, Terengganu yang menyanyikan lagu cover Iklim berjudul Mimpi Yang Pulang telah dimuat naik lebih daripada 10 pemilik akaun Youtube gara-gara suara emas yang dimilikinya itu

Selain daripada itu, beberapa pengguna akaun Youtube juga telah memuat naik video nyanyian Nursyafiq membuat persembahan di beberapa buah majlis.

Rata-rata komen yang terdapat di setiap video nyanyian milik Nursyafiq ialah, mereka mahukan bakat abang anggota bomba ini yang kacak diketengahkan seperti bintang-bintang Youtube terdahulu. Mereka turut memberi komen-komen  positif yang mengatakan Nursyafiq adalah pelapis kepada bapanya Saleem, ini kerana suara serak-serak basahnya adalah 99 peratus sama seperti penyanyi popular 90an itu.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya Nursyafiq Farhain  kini sedang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat di Johor Bahru. Jadi mari RP kongsikan video muzik yang Nursyafiq Farhain yang kini trending di Youtube;

 

 

 

 

Sama gilew kot suara Nursyafiq nih ngan ayah dia.. mesti ramai yang akan jadi peminat fanatik nanti. –Ramenpedas.com

Sumber: Astrogempak / Youtube silentpanda / alongcha

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *