Home » gosip artis malaysia » Tahniah Amar Baharin-Amyra Rosli Kini Hamil

Tahniah Amar Baharin-Amyra Rosli Kini Hamil

Tahniah Amar Baharin-Amyra Rosli Kini Hamil

 

Tahniah Amar Baharin-Amyra Rosli Kini Hamil

Tahniahhh diucapkan kepada pasangan pelakon popular dan sweet Amar Baharin dan Amyra Rosli, kerana Amar telah mengesahkan bahawa kini isterinya sudah  hamil tujuh minggu.

Menurut Amar, 32,  perkara itu telah disahkan oleh doktor selepas Amyra dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara lusa yang lalu ini akibat sakit perut dan muntah-muntah.

“Alhamdulillah ini adalah satu berita gembira yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Sebenarnya pada 9 Mac lalu kami sudah pun mendapat tahu tanda-tamda awal kehamilan. Tapi kami tak mahu terlalu berharap.

“Sehinggalah  apabila Amyra dimasukkan ke hospital baru doktor telah mengesahkan perkara itu. Jadi baru saya boleh berkongsikan berita gembira tentang kehamilan ini. Namun saya juga tak nak terlalu teruja kerana kandungan masih lagi di peringkat awal,” katanya kepada Harian Metro.

 

Tahniah Amar Baharin-Amyra Rosli Kini Hamil

 

Menurut Amar lagi , isterinya tercintanya itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan kerana masih aktif bekerja dan terbabit dengan aktviti sukan ekstrem.

“Pada 27 Februari lalu kami juga pergi ke Australia bagi menjayakan program Project Them Park terbitan Astro Ria. Di sana kami perlu menaiki beberapa permainan taman tema yang sangat mencabar.

“Jadi apabila sudah pulang ke tanah air baru isteri saya mengadu sakit perut. Dia menyangkakan itu adalah kesan daripada aktviti di sana. Tapi apabila dia kerap sakit dan muntah-muntah, saya terus membawanya ke hospital,” katanya.

Buat masa sekarang ini Amyra dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama dua minggu daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berat.

Tahniahh diucapkan sekali lagi, semoga Amyra Rosli akan sentiasa sihat begitu juga dengan kandungannya. –Ramenpedas.com

Sumber: Hmetro / IG amarbaharin

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *