Home » gosip artis malaysia » Pesanan Dan Surat Terbuka Untuk Dato Aliff Syukri

Pesanan Dan Surat Terbuka Untuk Dato Aliff Syukri

Pesanan Dan Surat Terbuka Untuk Dato Aliff Syukri

Pesanan Dan Surat Terbuka Untuk Dato Aliff Syukri

Baru-baru ini Sekali Lagi Instagram Milik Dato Aliff Syukri Iaitu Pengasas Produk Diherbs Telah mendapat repons negatif dari nitizen Beribu Ribu komen dan kecaman telah dilemparkan sebaik saha Dato Alif Memuat Naik Sekeping Gambar Dan Caption Yang Kurang Disenangi Ramai..

pesanan untuk dato aliff syukri

Dato Alif Telah mengatakan yang beliau rasa agak sedih kerana terpaksa duduk di rumah yang hanya mempunyi lapan 8 bilik sahaja, sementara menunggu mahligahnya disiapkan… Ternyata ramai nitizen yang terasa Hati dengan Stetment Beliau itu… Bagaimana rumah yang mmpunyai 8 bilik tidur masih di anggap kecil sedangkan majoriti rumah di malaysia hanya 3 bilik..  Kecaman demi keceman terus dilemparkan termasuklah di dalam laman sosial … fb dan juga twitter

ramai yang mengatakan Dato Alif seperti tidak bersyukur dengan kekayaan yang beliau miliki.. dan menjadi riak..

Bagaimanapun Dato Alif Telah membuat Permohonan Maaf Secara terbuka Hari ini Bagi Meredakan keadaann yang semakin panas.. dan menurut Dato Aliff  beliau Tidak Bermaksud Untuk merendah rendahkan orang lain…

 

😦😦

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

tapi bagi nitizen ini bukan kali pertama Dato Alif mencetuskan Kontroversi dan memohon maaf secara terbuka.. ape yang kami harap Dato aliff Tidak Terus Mengulangi Perbuatan Yang sama Lagi..

Disebalik semua Kekecohan ini.. Ada Satu Pesanan Dan Surat Terbuka untuk dato Alif yang mendapat perhatian Ramai Malah PU Rahmat Ikhan Turut Share kan Status itu Di wall FB miliknyaaa Ayuh kite baca Sama-sama

Surat dan pesanan Untuk Dato Alif Syukri 

Aliff Syukri, saya tidak mahu berbasa-basi lagi. Kami semua tahu, soal pemasaran, memang kamu jaguh memperaga kebodohan. Suara nyaring sengau yang dibuat-buat, iklan seksis, air ajaib yang sudah terbukti dusta, macam-macam lagilah.

Kami tahu itu. Kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya jenaka itu, kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya kamu.

Tapi apabila kamu mengeluh tentang betapa peritnya hidup di dalam banglo lapan bilik sambil menunggu mahligai yang sedang dibina, itu bukan lagi bodoh jauh sekali lucu.

Itu satu penghinaan.

Kita semua tahu masih ramai rakyat yang papa. Masih ramai anak kecil yang tidur mengerekot dalam flat 500 kaki persegi, bersama lapan orang adik-beradik yang lain. Di situ tempat lena, di situ ruang jamu selera, di situ hati menghitung lara.

So, no, it’s not a marketing stunt anymore. Ini kelakuan jelik kamu yang memualkan.

And please, stop all the bullshit of you building your empire from zero. For God’s sake, we know you’re the third child of Sendayu Tinggi founder. Save all that makan bersila crap, okay? We’re not impressed.

Yang paling menyedihkan, sikap riak kamu ini masih lagi akan dipertahankan.

“Biarlah dia, harta dia!”

“Sekurang-kurangnya dia Melayu!”

“Dah berapa banyak Melayu dia tolong!”

“Kau dengki sebab dia kaya!”

Benarlah saya ini miskin, namun luahan ini jauh sekali timbul dari perasaan dengki. Saya cuma kecewa.

Andai rezeki Ilahi satu hari mencurah-curah, saya doa sungguh-sungguh agar saya tidak lupa, bahawa saya pernah tidur berhimpit sebegitu dalam pondok kecil yang Abah dan Mama bina di pinggir Sungai Sat ketika baru berpindah ke Kelantan dari Kuala Lumpur, sementara menunggu rumah siap hasil pinjaman perumahan Mama sebagai guru.

Saya doa agar Tuhan jauhkan riak dari hati kita semua.

Termasuk kamu, Aliff Syukri.

Ditulis Oleh -Khairulnizam Bakeri-

Ayat dan penulisan beliau Begitu Menusuk Hati Walaupun bunyinya agak kasar.. Semoga pesanan ini sampai kepada Dato Aliff Syukri Dan juga Menjadi Pengajaran dan peringatan untuk kite semua..  Di ingatkan juga jngan terus menghentam Dato Aliif Sedangkan beliau sendiri sudah memohon maaf secara terbuka..  mana ada manusia yang tak  pernah buat silap kan sama2 muhasabah diri oke –Ramenpedas.com

Sumber Facebook/Fb Pu Rahmat Ikhsan

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *