Home » Artis lelaki » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Baru Syafiq Nazri Dan Isteri

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Baru Syafiq Nazri Dan Isteri

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Baru Syafiq Nazri Dan Isteri

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Baru Syafiq Nazri Dan Isteri

Tahniah diucpkan kepada Bakat baharu yang juga pelakon video muzik lagu kepada Anuar Zain, iaitu Syafiq Nazri, yang telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya, iaitu Nadia Azlan Shah, pada Ahad yang lalu. Syafiq Nazri yang membintangi video klip `Andainya Takdir’ dan `Cinta Takkan Berakhir’ telah dinikahkan dengan seorang model sambilan di Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pelakon yang juga hos sambilan MBuzz di TV3 serta yang turut membintangi drama bersiri popular , Sayang Papa Saya Tak? sebagai PA kepada Hisyam Hamid baru-baru ini, telah mengumumkan mengenai majlis pernikahannya menerusi laman Instagram miliknya selepas selesai  majlis akad nikah mereka berlangsung.

Jejaka campuran Melayu dan Cina yang berusia 28 tahun itu memilih wanita berdarah Melayu-Inggeris berusia 20 tahun itu sebagai pasangan hidupnya selepas lapan bulan mereka bercinta. Nadia Azlan Shah begitu jelita mengenakan busana berwarna putih sedondon dengan Syafiq Nazri semasa majlis pernikahan mereka berlangsung.

Menurut Syafiq ..”Majlis nikah kami dibuat secara kecil-kecilan sahaja, dan ianya hanya membabitkan kira-kira 100 ahli keluarga sahaja. Ianya sangat peribadi. “Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan sekitar bulan Julai depan dan kami akan menjemput semua kawan serta kenalan-kenalan yang  lain.

“Ikutkan nak bertunang sahaja dahulu tetapi tiba-tiba saya putuskan baik terus bernikah. Dapat elak fitnah. Keputusan perkahwinan ini saya buat ini adalah untuk membuktikan diri saya benar -benar serius mahu memperisterikannya,”

Syafiq yang baru sahaja setahun lebih menceburi arena seni berkata, isterinya masih lagi menuntut dalam bidang komunikasi massa di sebuah pusat pengajian.

“Saya pun sedikit demi sedikit mahu memperkenalkan isteri dalam dunia lakonan. Manalah  tahu nanti kami dapat berlakon bersama pula” katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu ke Australia. Jadi mari RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Baru Syafiq Nazri Dan Isteri untuk tatapan anda;

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Baru Syafiq Nazri Dan Isteri

 

GAMBAR SYAFIQ NAZRI NIKAH

 

GAMBAR SYAFIQ NAZRI NIKAH

 

 

MAJLIS PERNIKAHAN SYAFIQ NAZRI

 

Tahniah sekali lagi kami ucapkan, semoga perkahwinan yang dibina kan kekal bahagia hingga ke Jannah. Tak sabar nak tengok majlis resepsi nanti, mesti lagi meriah nanti.-Ramenpedas.com

Sumber: BHplus / Ig Syafiqnazriofficial #nadiaxsyafiq

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *