Home » Artis lelaki » Tahniah Alif Satar Dapat Anak Kedua- Baby Girl

Tahniah Alif Satar Dapat Anak Kedua- Baby Girl

 

Tahniah Alif Satar Dapat Anak Kedua- Baby Girl

 

Tahniah Alif Satar Dapat Anak Kedua- Baby Girl

Semalam 02/03/2017, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar telah menyambut kelahiran anak perempuan keduanya kira-kira jam 6.45 pagi semalam. Alif Satar berkata, bayi perempuan itu telah  dilahirkan secara normal dengan berat 3.41 kilogram. Memberitahu kepada wartawan, isterinya, iaitu Shadila Halid telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak Selasa lalu.

“Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri saya baik-baik dan sihat saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat. “Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca. Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya,” kata pelakon drama popular Dia Semanis Honey itu. Tambah Alif lagi , anak keduanya itu disambut doktor sama yang menyambut anak sulungnya, Aleesya. “Doktor Idora yang menyambutnya. Doktor yang turut menyambut kelahiran Aleesya sebelum ini sangat baik dan memberikan layanan terbaik buat kami,” katanya dengan nada gembira.

Nah RP kongsikan gambar Ariana Mecca yang comel sangat

Tahniah Alif Satar Dapat Anak Kedua- Baby Girl

 

Tahniahh diucapkan sekali lagi kepada Alif Satar serta keluarga kerana menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Semoga Aleesya dan Ariana menjadi anak yang solehah kepada ibu bapanya. Comel betul baby girl Ariana Mecca nih-Ramenpedas.com

Sumber: BHonline

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *