Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen- Scha Alyahya Dan Aiman Hakim Ridza

Sipnosis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen- Scha Alyahya Dan Aiman Hakim Ridza

Sipnosis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen- Scha Alyahya Dan Aiman Hakim Ridza

 

Sipnosis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen- Scha Alyahya Dan Aiman Hakim Ridza

Drama terbaru adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria menggantikan drama Sayang Papa Saya Tak. Drama arahan pengarah terkenal Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular iaitu Aiman Hakim Ridza, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz serta ramai lagi.  Drama bersiri

Urusan Hati Cik Drama Queen ini akan bersiaran pada 06/02/2017, setiap Isnin hingga Khamis jam 10-00 malam dia Astro Ria dan RiaHD.

Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen- Scha Alyahya Dan Aiman Hakim Ridza;

 

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Betul kata orang. Nak melupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baharu.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaannya harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia mula karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah punya kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa sahaja untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pastinya akan  putus cinta. Syazlin pun tidak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu adalah Faris yang sudah pun menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?

“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”

Siapakah yang bakal dapat mencuri hati Cik Drama Queen nih.. sama-sama kita anantikan.

 

 TAJUK : URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

TARIKH / MASA : 06 Februari 2017

SIARAN : Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123

PENULIS NOVEL : Areila Sahimi

PENGARAH : Michael Ang dan Hadith Omar

TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd

PARA PELAKON : Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, Ungku Hariz

 

WATAK-WATAK PELAKON 

Scha Alyahya sebagai ‘Syazlin’

Aiman Hakim Ridza sebagai ‘Fadhlan’

Randy Pangalila sebagai ‘Faris’

Ozlynn sebagai ‘Husna’

Ungku Hariz sebagai ‘Yeop’

 

Gambar-gambar Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

 

Sipnosis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen- Scha Alyahya Dan Aiman Hakim Ridza

 

drama urusan hati cik drama queen

 

drama urusan hati cik drama queen

 

Gerenti best gila drama nih, tambah-tambah Scha Alyahya , Aiman Hakim Ridza dan Randy Pangalila yang berlakon. Scha dah la berlakon slumber jew, dan tidak sabar hendak tengok Randy berlakon lagi. gerenti meletuplah  nanti. Tengok jangan tak tengok.- Ramenpedas.com

 

Sumber: onemoviedirection / IG #urusanhaticikdramaquieen

Incoming search terms:

Check Also

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak Dingin

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak Dingin

  Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak …

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

  Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar Baru-baru ini pasangan selebriti popular Hanis …

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

      Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia Jangan lupa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *