Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Suamiku Paling Sweet- Syafiq Kyle Dan Mawar Rashid

Sipnosis Drama Suamiku Paling Sweet- Syafiq Kyle Dan Mawar Rashid

 

Sipnosis Drama Suamiku Paling Sweet- Syafiq Kyle Dan Mawar Rashid

 

Sipnosis Drama Suamiku Paling Sweet- Syafiq Kyle Dan Mawar Rashid

Drama bersiri terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet karya tulisan Anjell telah bersirana di slot Akasia. Drama terbitan Primeworks Studios ini telah diarahkan oleh Zul Huzaimy. Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Mawar Rashid, dan Nik Adam Mika. Drama siri Suamiku Paling Sweet mula bersiaran pada 13 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang. Pastinya drama ini akan menghiburkan seisi kelaurga, jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Suamiku Paling Sweet- Syafiq Kyle Dan Mawar Rashid;

 

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU PALING SWEET

Ianya mengisahkan tentang Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh / baby sitter sementara kepada Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh yang sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya telah menerima cadangan ibunya kerana ianya hanya adalah untuk sementara waktu sahaja. Apabila Qisya yang memamg keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia di dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey telah menganggap bapa saudaranya iaitu Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz pula sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas Izz bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli langsung tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya telah dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang amat muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia amat terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak lagi bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga sering tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup untuk meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa amat sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya itu. Malahan, dia sering memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti dan jemu memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya menjadi lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun diantara mereka akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad untuk meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz kepdanya itu adalah benar?

 

 TAJUK: SUAMIKU PALING SWEET

EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2016
HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PARA PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Natasya Mahyan, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Liza Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Lia Natalia, Aida Othman, Zalfa Zin

 

 WATAK -WATAK PELAKON

Mawar Rashid sebagai ‘Qisya Iris’
Syafiq Kyle sebagai ‘Izz Haikal’
Nik Adam Mika sebagai ‘Hafiey’
Natasya Mahyan sebagai ‘Maya’
Fazren Rafi sebagai ‘Qairul’
Aedy Ashraf sebagai ‘Hakimi’
Liza Abdullah sebagi ‘Puan Fathma’
Fazlina Ahmad Daud sebagai ‘Puan Sanisah’
Lia Natalia sebagai ‘Deena’
LAGU TEMA / OST SUAMIKU PALING SWEET
Tajuk Lagu : Cool Love
Penyanyi : Ippo Hafiz
Gambar Pelakon-pelakon Suamiku Paling Sweet

 

 

suamiku paling sweet

 

suamiku paling sweet

 

drama terbaru suamiku paling sweet

drama terbaru suamiku paling sweet

 

Apakah kesudahan cinta diantara Izz dan Qisya, dapatkah mereka akhirnya bahagia sebagi suami isteri , sama-asama kita nantikan. Gerenti best sebab Syafiq Kyle yang berlakon. tengok jangan tak tengaol.-Ramenpedas.com

Sumber: myinfotaip / IG #suamikupalingsweet

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

2 comments

  1. Best cerita tu hero syafiq kyle heroin mawar rashid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *