Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz

Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz

Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz

 

Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz

Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya telah menemui penonton di slot Dahlia TV3 pada 26/02/2017.   Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai teraju utama. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian. drama Meh Sandar Pada Aku ditayangkan pada pukul 6.58 petang, setiap hari Jumaat -Ahad. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz;

 

SINOPSIS MEH SANDAR PADA AKU

Drama ini mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tidak bertempat. Afnan Tasneem yang sedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan seorang penyelia yang dianggap terlalu sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan yang bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya, dia lalu mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya sememangnya memeningkan kepala ini kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.

Sepanjang tempoh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli teruk dan memberi arahan tanpa diberi sebarang tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal mula menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga adalah seorang budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed sememangnya suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem hanya sekadar untuk buat  Dr Syed cemburu. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang dimana menganggap Adam Naufal mencintainya.

Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem pula berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed pula telah merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan daripada Dr Syed,  dia juga telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya adalah pemburu cinta Dr Syed daripada kecil gembira dengan pertunangan itu. Semasa menghadiri majlis konvo Adam Naufal telah membongkar kan satu rahsia, iaiatu sebenarnya Adam Naufal sudah pun bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.

Berita kematian ibu dan ayah telah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tidak boleh menerima kenyataan itu dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan daripada Dr Syed , akhirnya Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

 

TAJUK : MEH, SANDAR PADA AKU!

EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 26/02/2017- Jam 6.58 Petang-Jumaat -Ahad
SIARAN : Slot Dahlia di TV3
PENULIS NOVEL : Aifa Batrisya
PENGARAH : Emi Suffian Abd Sabhe
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Mira Filzah, Aliff Aziz, Jaja Iliyes, Redza Rosli, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Raja Ema, Fiza Halim, Marr Mohamad, Fendi Seman, Aidit Noh, Haff Ridzuan, Nafiez Zaidi, Dania Aina, Adam Darwisy, Shazzy Edora

 

 WATAK-WATAK  PELAKON

Mira Filzah sebagai ‘Afnan Tasneem’
Aliff Aziz sebagai ‘Dr. Syed Nadzhan’
Jaja Iliyes sebagai ‘Aleesya’
Redza Rosli sebagai ‘Adam Naufal’
Aishah Ilias sebagai ‘Mastura’
Asyraf Aley sebagai ‘Syed Emi’r
Azri iskandar sebagai ‘Syed Azhar’
Badrul Muhayat sebagai ‘Syed Irham’
Raja Ema sebagai ‘Juhara’
Fiza Halim sebagai ‘Farah’

LAGU TEMA / OST MEH SANDAR PADA AKU
Tajuk : ‘Sandar Padaku’
Penyanyi : ‘Aliff Aziz feat Mira Filzah’

Gambar-gambar pelakon Meh Sandar Pada Aku

 

Sipnosis Drama Meh Sandar Pada Aku- Mira Filzah Dan Aliff Aziz

 

drama meh sandar pada aku

 

drama meh sandar pada aku

 

sipnosis drama meh sandar pada aku

 

Gerenti akan meletup nanti, gandingan pelakon yang hebat dan mantap pula tu. Peminat Mira Filzah dan Aliff Aziz pastinya akan menyukai drama ini. Tengok jangan tak tengok-Ramenpedas.com

 Sumber: tehsirap / IG#mehsandarpadaaku

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah pada 07/07/2017 yang …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *