Home » gambar anak artis » Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Elly Mazlein

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Elly Mazlein

 

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Elly Mazlein

 

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Elly Mazlein

Baru-baru ini penyanyi lagu Bungaku Bakawali, Elly Mazlein telah mengadakan majlis aqiqah anaknya, Putri Sara Sefhia berseorangan tanpa kehadiran bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta.

“Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis aqiqah untuk Sefhia ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki untuk saya meraikan Sefhia. Saya uruskan segala persediaan seorang diri, tetapi saya sangat bersyukur kerana ramai yang membantu saya.

“Sebenarnya, majlis aqiqah ini telah dirancang oleh bapa Sefhia. Malangnya, sehingga Sefhia sudah berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita dan perkembangan mengenai perancangan tersebut. Oleh itu  biarlah saya menguruskannya sendiri.

Bagi bapa Sefhia pula“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah pun memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia sudah tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon daripada bekas suami.

“Alhamdulillah, akhirnya majlis aqiqah ini berjalan dengan lancar. Semuanya berjalan dengan baik. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak yang membantu, sebagai contoh pihak Damalee Wedding yang memberi tajaan pelamin aqiqah Sefhia, pihak Aryana Candy Buffet untuk candy buffet dan Kisses.co untuk belon dan banyak lagi,”

Majlis aqiqah yang bertemakan pink itu nyata begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan saudara mara. Baby Sefhia begitu comel mengenakan gaun berwarna putih bak puteri yang comel.

Jom RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Elly Mazlein;

 

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Elly Mazlein

 

majlis aqiqah sefhia anak elly mazlein

 

majlis aqiqah sefhia anak elly mazlein

 

gambar majlis aqiqah anak elly mazlein

 

gambar majlis aqiqah anak elly mazlein

 

gambar putri sara shiffa

Ditemui di majlis aqiqah Sefhia, Elly yang begitu anggun maengenakan kurung moden dan bertudung pink sempat juga bercerita mengenai perkembangan terbarunya iaitu yang kini tampil dengan produk kecantikannya sendiri.

“Insya-Allah, saya bakal muncul dengan produk sabun kecantikan yang diberi nama Lina Pom Poms Soap. Sabun tersebut bakal dijual dengan harga mampu milik, RM24.90 sahaja.

Semoga Putri Sara Sefhia akan menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat .-Ramenpedas.com

Sumber: astrogempak/ IG Iamellymazlein 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *