Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Sayang Papa Saya Tak-Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Sipnosis Drama Sayang Papa Saya Tak-Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Sipnosis Drama Sayang Papa Saya Tak-Hisyam Hamid dan Emma Maembong

 

 

Sipnosis Drama Sayang Papa Saya Tak-Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Drama terbaru  adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Drama ini diarahkan oleh Amie Maziah di bawah terbitan Suhan Movies & Trading. Menampilkan  gandingan baru antara Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai teraju utama. Turut dibantu oleh pelakon-pelakon hebat lain seperti Aida Khalida, Wan Sharmila, Luqman Hafidz, Eleena Sui, serta ramai lagi. Drama bersiri terbaru  Sayang Papa Saya Tak? ini sudah bersiaran mulai 9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123. Jom RP kongsikan Sipnosis Drama Sayang Papa Saya Tak-Hisyam Hamid dan Emma Maembong;

 

SINOPSIS DRAMA SAYANG PAPA SAYA TAK

Ianya mengisahkan Raisya, seorang gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan untuk menyambung pelajaran, telah nekad melarikan diri daripada rumah anak yatim yang dihuninya dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi telah menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya dalam menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, iaitu puan Rogayah lantas dia mengaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yangtelah  murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju untuk berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Apabila dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri nyata tidak berbekas di hati Raisya kerana apa yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka pun berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya datang memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan Farish mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik kepada arwah Kasih dan juga Aleya, bekas bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

 

TAJUK : SAYANG PAPA SAYA TAK?

EPISOD : 16 episod semuanya
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI & MASA : Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Hanni Ramsul
OLAHAN SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Amie Maziah Abdul Rahman
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PARA PELAKON : Hisyam Hamid, Emma Maembong, Seri Aileen, Wan Sharmila, Izara Aishah, Aida Khalida, Luqman Hafidz, Sweet Farhanna Qismina, Eleena Sui, Haleeda Mazlin, Fahad Iman, Adam Lee, Syafiq M. Nazri

 

WATAK -WATAK PELAKON

Hisyam Hamid sebagai ‘Farish’
Emma Maembong sebagai ‘Raisya’
Seri Aileen sebagai ‘Qalish’
Aida Khalida sebagai Puan ‘Rogayah’
Wan Sharmila sebagai ‘Azyan’

Luqman Hafidz sebagai ‘Yusri’
Sweet Qismina sebagai ‘Fathiya’
Eleena Sui sebagai ‘Aleeya’
Izara Aishah sebagai ‘Kasih’
Fahad Iman sebagai ‘Khairu’l
Haleeda Mazlin sebagai ‘Latifah’
Adam Lee sebagai ‘Adam’
Syafiq M. Nazri sebagai’ Shahrir’

 

Sipnosis Drama Sayang Papa Saya Tak-Hisyam Hamid dan Emma Maembong
 sayang papa saya tak
 sayang papa saya tak
 drama terbaru hisyam hamid

 

Apakah kesudahannya, dapatkah Raisya bahagia bersama Qalish dan Farish, atau adakah ade orang ketiga yang akan memisahkan mereka, mari sama-sama kita saksikan. Gerenti best sebaba adae Hisyam hamid dan Emma maembong. Tengok jangan tak tengok. –Ramenpedas.com

Sumber : myinfotaip

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *