Home » artis korea » Rain Umumkan Akan Berkahwin Dengan Kim Tae Hee

Rain Umumkan Akan Berkahwin Dengan Kim Tae Hee

Rain Umumkan Akan Berkahwin Dengan Kim Tae Hee

 

Rain Umumkan Akan Berkahwin Dengan Kim Tae Hee

Setelah hampir  lima tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain telah mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya iaitu pelakon popular Kim Tae Hee.

Pengumuman bersejarah itu telah dibuat oleh Rain menerusi satu surat tulisan tangan yang telah dimuat naik oleh Rain menerusi laman Instagramnya bertarikh 2017/01/17

Hello, saya berharap anda semua  dalam kesihatan yang baik pada musim yang sejuk ini. Ini adalah Jung Ji Hoon (Rain). 

Ia sudah menjadi 16 tahun sejak saya mula-mula memulakan kerjaya saya dan rata-rata ramai peminat saya telah pun menjadi seorang wanita cantik dan dalam beberapa ornag diantaranya telah pun menjadi ibu yang menakjubkan. Kini Aku juga berusaha untuk menjadi ketua isi rumah sebagai seorang suami dan seorang lelaki.

Dia sentiasa ada untuk saya pada masa-masa yang paling sukar dan paling gembira  dan juga pemberi semagat kepada saya di pelbagai peringkat. Kepercayaan dan cinta kami telah berkembang ke titik di mana ia akhirnya membuahkan hasil.

Perkahwinan itu akan menjadi peribadi dan tenang. Saya berharap anda semua faham bahawa saya tidak boleh bercakap tentang di mana dan bila ianya akan berlaku. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda untuk semua kerana kasih sayang anada kepada sya selama 16 tahun yang lalu dan mulai sekarang saya berharap untuk menunjukkan sisi yang lebih bertanggungjawab dan sederhana saya sebagai seorang pelakon dan penyanyi.

“Bagi saya, dia adalah hadiah yang terbaik buat diri saya.”

-Jung Ji Hoon (Rain)

 

Rain Umumkan Akan Berkahwin Dengan Kim Tae Hee

 

pada 15/01/2017 Rain telah mengeluarkan Single terbarunya yang bertajuk ‘The Best Present” yang dimana ianya adalah merupakan lagu lamarannya kepada Kim Tae Hee.

laman media Korea, Ilgan Sukan, asalnya melaporkan bahawa pasangan itu telah bersedia untuk berkahwin di sebuah Gereja Katolik pada 19 Februari. Namum apa yang diberitahu pada hari ini 19/01/2017 mereka akan berkahwin di Gereja Katolik di Korea.

 

rain dan kim tae hee

 

Mereka mula bertemu di sebuah penggambaran CF pada tahun 2012 dan dimana ianya memulakan bibit cinta dan akhirnya mereka telah bercinta selam 5 tahun.

Tidak lama selepas bercinta Kim Tae Hee, dan Rain  telah dibaptiskan di sebuah Gereja Katolik dalam satu majlis peribadi dengan keluarga dan rakan-rakan.

Dalam satu temu bual untuk InStyle Magazine, Kim Tae Hee  menyatakan, “Ianya sama seperti percintaan biasa. Kami pergi  makan bersama-sama  banyak bercakap. Kami mempunyai banyak personaliti yang sama dan serupa. Saya seorang yang pendiam tetapi dia lucu dan bercakap dengan baik supaya perbualan kami tidak pernah berakhir. ”

Rain cukup terkenal dengan drama lakonnannya iaitu Full House, Come Back Mister, A love To Kill, dan Filem Ninja Assassin, serta lagu -lagu pupular beliau Its Raining, Love Song, Rainism, La song manakala Kim Tae Hee pula cukup popular dengan drama Love Story In Harvad, Jang Ok Jung danYong Pal.

Apa-apa pun Tahniah kami ucapkan kepada pasangan paling popular Korea ini- Ramenpedas.com

Sumber: Koreanboo.com

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah pada 07/07/2017 yang …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *