Home » artis korea » Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain (Jung ji Hoon) Dan Kim Tae Hee

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain (Jung ji Hoon) Dan Kim Tae Hee

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain (Jung ji Hoon) Dan Kim Tae Hee

 

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain (Jung ji Hoon) Dan Kim Tae Hee

Tahniahhh, Pada 19/01/2017, penyanyi dan juga pelakon terkenal Korea Selatan, iaitu Rain dan aktres terkenal Korea Kim Tae-Hee telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu upacara majlis yang sederhana di sebuah gereja Katolik di Seoul Korea Selatan.

Kedua-dua selebriti berkenaan saling bertukar-tukar hadiah perkahwinan dan melakukan upacara keagamaan di majlis tersebut yang dimana ianya hanya dihadiri oleh kaum keluarga, rakan-rakan rapat dan pegawai kanan agensi pengurusan masing-masing.

Antara selebriti-selebriti terkenal Korea yang dijemput ialah aktor Ahn Sung-ki, penyanyi Park Jin-young (JYP), Psy dan Park Jun-hyeong serta aktres Lee Honey yang belajar di universiti sama dengan Kim.

Rain dan Kim Tae Hee, kedua-duanya adalah merupakan penganut Katolik, pasangan yang sweet ini mengumumkan pertunangan mereka dua hari lalu tetapi tidak mendedahkan tarikh dan tempat perkahwinan mereka kerana mahukan majlis itu diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh kelurga terdekat sahaja.

Mereka hanya memaklumkan kepada tetamu mengenai masa dan tempat itu pagi semalam sebelum berlangsungnya upcara majlis perkahwinan tersebut.

 Gereja itu bagaimanapun telah dikawal ketat beberapa jam sebelum majlis berlangsung apabila ramai para wartawan mulaberkumpul untuk merakamkan acara berkenaan.

Rain tiba kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan). Kim Tae Hee nampak begitu menawan apabila mengenakan gaun pendek yang nampak begitu comel dan sweet, manakala Rain pula nampak begitu segak mengenakan tuxedo pada majlis perkahwinan mereka itu.

Rain, 34, dan Kim, 37, mula berkenalan ketika mereka membuat rakaman iklan televisyen pada 2011 dan mula berpacaran secara rasmi pada 2012.

Hubungan mereka mula mendapat tumpuan meluas media tempatan dan juga luar negara kerana mereka kedua-duanya adalah selebriti terkenal dalam industri hiburan di Korea. Rain juga mempunyai ramai peminat-peminat di negara Asia lain dan juga seluruh dunia.

Apabila Rain dan Kim Tae Hee berkongsikan gambar majlis perkahwinan mereka itu, rata-rata para peminat mereka di seluruh dunia mengucap tahniah dia atas majlis perkahwinan mereka yang simple, sweet dan nampak begitu bahagia itu. Jom RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain (Jung ji Hoon) Dan Kim Tae Hee;

 

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain (Jung ji Hoon) Dan Kim Tae Hee

 

rain & kim tae hee kawin

 

rain & kim tae hee kawin

 

majlis kawin rain & kim tae hee

 

majlis kawin rain & kim tae hee

 

rain  & kim  tae hee sudah berkahwin

 

Tahniah sekali lagi RP ucapkan kepada pasangan bahagia ini, semoga mereka akan berbahagia selalu. Rain Sarangaeee.  – Ramenpedas.com

Sumber: Google / FB kim tae Hee & Bi Rain /  IG #Rain/ #kimtaehee 

Incoming search terms:

Check Also

Viral Video Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

    Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura Pada 23/11/2017 …

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

  Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin …

Sipnosis Drama My Coffee Prince - Fattah Amin Dan Janna Nick

Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick

  Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick Jangn lupa untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *