Home » artis luar negara » Drama Pangako Sa’Yo Versi Baru 2015- Daniel Padilla Dan Kathryn Bernado

Drama Pangako Sa’Yo Versi Baru 2015- Daniel Padilla Dan Kathryn Bernado

 

 

Drama Pangako Sa'Yo Versi Baru 2015- Daniel Padilla Dan Kathryn Bernado

 

Drama Pangako Sa’Yo Versi Baru 2015- Daniel Padilla Dan Kathryn Bernado

Masih ingat lagi tak, drama Filipina yang menjadi fenomena di Malaysia pada tahun 2001 iaitu Pangako Sa’Yo lakonan pelakon hebat Filipina Jericho Rosales dan Kristine Hermosa yang dimana drama ini menjadi bualan hangat kerana ketampanan Jericho Rosales dan kejelitaan Kristine Hermosa.

Pada tahun 2015 drama Pangako Sa’Yo ini telah dijadikan versi baru dan telah dilakonkan semula oleh pelakon muda Filipina yang sedang meningkat naik iaitu Daniel Padilla dan Kathryn Bernado yang tidak kurang kacak dan cantik serta ramai lagi pelakon hebat. Drama ini juga turut menjadi fenomena di sana kerana jalan ceritanya dan para pelakon yang berbakat. Drama bersiri ini akan bersiaran di saluran Maya Hd 135 jam 7.00 malam, setiap hari bermula 02 Januari 2017. 

Drama yang mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Yna, Angelo serta Amor. Amor adalah ibu kepada Yna yang diaman pada zaman mudanya adalah seorang gadis muda yang bercita-cita tinggi dalam bidang masakan, namun pada suatu hari dia telah berjumpa dengan Eduardo Buenavista anak pemilik ladang yang terkenal lalu jatuh cinta.

Akan tetapi ibu kepada Eduardo tidak menyukai hubungan cinta diantara Amor dan anaknya kerana Amor seorang yang miskin, Dia ingin menjodohkan Eduardo dengan Claudia Salamenda anak kepada gabenor di situ. Pada suatau hari ibu Eduardo telah merancang untuk menunagkan Eduardo dengan Claudia tanpa pengetahuan Amor. Diego adik kepada Eduardo juga amat menyukai Amor, lalu pada suatu hari ketika amor mangetahui tentang pertunangan Eduardo dan Claudia, dia berasa amat sedih dan telah dipujuk oleh Diego, namun pada masa itu Diego telah mabuk dan telah merogol Amor, Eduardo yang tahu mengenai berita tersebut telah marah dan meninggalkan Amor.

Pada masa yang sama Amor telah dihalau oleh ibu Eduardo tanpa pengetauan Eduardo. Eduardo pun akhirnya berkahwin dengan Claudia. Hasil hubungannya dengan Eduardo Amor telah mengandung dan melahirkan seoang anak perempuan bernama Maria Amor, selepas kejadian itu dia telah meniggalkan anaknya kepada keluarga angkatnya lalu dia pergi ke laur negara utuk mencapai impiannya.

Namun satu kejadian yang mengerikan telah berlaku , iaitu kejadian tanah runuh telah berlaku dan menyebabkan seluruh keluarga angkat Amor mati kecuali anaknya Maria Amor kerana diselamatkan oleh seorang polis.

Maria Amor telah dijaga dengan baik oleh polis tersebut dan diberi nama baru iatu Yna  Macaspac ( Kathryn Bernado) kerana pada masa itu dia memakai rantai berlogo Yna, yang bermaksud Ynamorata hadiah daripada ayahnya Eduardo tanpa Amor mengetahui bahawa anaknya itu msih hidup dan dia ingin memebalas dendam di atas kematian anaknya itu.

20 tahun kemudian Yna membesar menjadi budak yang cantik dan baik hasil didikan polis tersebut, dia juga mempunyai minat yang sama seperti ibu iaitu minat dalam bidang masakan, lalu dia telah bekerja di restoran milik Angelo  ( Daniel Padilla)  iaitu anak Eduardo dan Claudia, hasil hubungan majikan dan pekerja itulah yang melahirkan bibit bibit cinta diantara mereka. Dapatkah mereka bersama, adakah Yna dapat bertemu ibu dan ayahnya, sama-sama kita nantikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

pangako sa' yo remake 2015

 

pangako sa' yo remake 2015

 

Drama Pangako Sa'Yo Versi Baru 2015- Daniel Padilla Dan Kathryn Bernado

 

yna & angelo pangako sa' yo 2015

 

 

yna & angelo pangako sa' yo 2015

Mesti best gilew cita nih, versi baru Angelo hensem dan kiut sangat, mesti jadi fenomena lagi nanti ni. Selamat menonton. –Ramenpedas.com

Sumber: wikipedia

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *