Home » drama luar negara » Sipnosis Naagin Drama Bollywood Terbaru Di Saluran Astro Taara HD 108

Sipnosis Naagin Drama Bollywood Terbaru Di Saluran Astro Taara HD 108

Sipnosis Naagin Drama Bollywood Terbaru Di Saluran Astro Taara HD 108

 

Sipnosis Naagin Drama Bollywood Terbaru Di Saluran Astro Taara HD 108

Naagin  adalah  drama bersiri Fantasi televisyen drama India yang telah ditayangkan pada 1 November 2015 pada warna TV. Ia diarahkan oleh Ekta Kapoor poduksi Balaji Telefilms. Musim pertama bagi drama ini telah berakhir pada 5 Jun 2016. Naagin adalah merupakan salah satu rancangan tertinggi di televisyen India dan telah  memenangi pelbagai anugerah. Musim kedua Naagin telah ditayangkan juga pada 8 Oktober 2016 Para pelakon hebat membintangi dram ini iaitu  Musim pertama Mouni Roy, Arjun Bijlani, Adaa Khan, dan Sudha Chandran. Bagi  Musim kedua pula bintang telah dilakonkan oleh Mouni Roy, Adaa Khan, Karanvir Bohra, Sudha Chandran dan Aashka Goradia

Di Malaysia Naagin telah disiarkan di saluran Astro Taara HD bermula pada 26/11/2016 jam 5.30 petang setiap sabtu dan Ahad. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Naagin Drama Bollywood Terbaru Di Saluran Astro Taara HD 108;

 

Sipnosis Naagin

Shivanya (Mouni Roy) adalah ular jelmaan yang mahu membalas dendam di atas kematian ibu bapanya dengan bantuan rakan dan sepupunya, Sesha. Terdapat lima orang pembunuh, tetapi Shivanya hanya dapat melihat  tiga daripada mereka iaitu Ankush, Viren dan Shailesh. Mereka telah membunuh ibu bapa Shivanya untuk mencapai Naagmani, iaitu permata tetapi mereka gagal berbuat demikian. Sebagai rancangan utuk membalas dendam, Shivanya telah memasuki ke dalam rumah Ankush sebagai orang gaji, dan anaknya Rithik (Arjun Bijlani)  seorang lelaki muda yang baik hati , kemudiannya telah jatuh cinta dengan Shinvanya. Setelah mengetahui tentang perasaan Rithik terhadap dia, Shivanya akhirnya berkahwin demi  untuk membalas dendam dan dia telah membunuh Viren, pembunuh yang pertama.

Menyedari ada jelmaan ular telah memasuki kehidupan mereka, keluarga dan rakan-rakan Ankush ini mula mendapatkan bantuan daripada Guru Maa yang telah  memberikan mereka sebentuk cincin yang melindungi mereka daripada ular jelmaan tersebut. Selepas itu, Shivanya dan Sesha telah membunuh rakan Ankush iaitu, Suri apabila Shivanya mengetahui daripada Sesha bahawa dia adalah pembunuh yang keempat . Shivanya Walau bagaimanapun, tidak mampu untuk membunuh Shailesh, pembunuh yang ketiga.

Tidak lama kemudian Shivanya  telah menyedari bahawa Rithik adalah benar-benar seorang yang baik dan tidak mengetahui perbuatan-perbuatan jahat bapanya dan Shivanya akhirnya mulai  jatuh cinta  kepada Rithik, Sesha berasa kecewa kerana  berfikir Shivanya tidak akan dapat membunuh Ankush kerana cintanya terhadap  Rithik.

Tidak lama kemudian, Sesha dan Shivanya menghadapi musuh baru, termasuk Kabir, Kemudian dia mula mengetahui bahawa isteri Ankush ini, iaitu Yamini adalah pembunuh kelima dan yang dia juga mengetahui bahawa Rithik adalah bukan anak sebenar Ankush dan Yamini . Mereka sebenarnya telah menculik bapa sebenar Rithik kerana hanya dia dan Rithik sahaja yang boleh memegang Naagmani kerana tanda yang ada pada badan mereka.

Sesha mula jatuh cinta juga kepada Rithik  kerana sifat penyayang dan prihatinnya . Apabila mengetahui perasaan Sesha kepada Rithik, Yamini, yang telah  mengetahui bahawa Shivanya dan Sesha adalah ular jelmaaan, dia telah menghasut Sesha untuk  mengkhianati Shivanya dan dengan itu, akhirnya Sesha telah menjadi musuh kepada Shivanya kerana obsesi beliau kepada Rithik dan Naagmani. Shivanya telah berjaya membunuh Ankush tetapi Rithik menyaksikan pembunuhan bapanya itu dan mendapati bahawa Shivanya adalah seekor ular jelmaan. Rithik mula membenci Shivanya, walaupun hatinya masih amat mencintai Shivanya.

Kemudian Queen Avantika adalah  lebah jelmaan pula mahu mendapatkan Naagmani. Rithik yang tidak lama kemudian telah mengetahui mengenai kebenaran tentang Yamini yang jahat lalu dia turut menyertai Shivanya untuk melindungi Naagmani daripada Avantika. Shivanya dan Rithik akhirnya bersama, dan ianya mengakibatkan Shivanya kehilangan kuasa beliau. Walau bagaimanapun, dia dan Rithik berjaya untuk menyelamatkan Naagmani dan mengalahkan Sesha, Yamini dan Avantika. Shivanya akhirnya  mengandung dan dia dan Rithik dapat hidup bersama.

Sipnosis Naagin Drama Bollywood Terbaru Di Saluran Astro Taara HD 108

 

naagin

 

naagin

 

sipnosis naagin

 

 

Ambik korang Sipnosis penuh RP bagi, korang tak faham g tak atau la, rugi tak tengok drama Box office kt India nih. siap ada part 2 dan part 3 tau, episod dia 72, bertabahlah.. Mouni Roy cantik sangat menjadi seekor ular jelmaan (Naagin) dan Arjun Bijlani (Rithik) hensem dan macho sangat. jom-jom tengok drama india pula, mesti gempak. –Ramenpedas.com

Sumber: Wikipedia

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah pada 07/07/2017 yang …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

One comment

  1. agak dah si yamini tu org ke5…tp sedih la plak bila shesha ngan shivaniya bermusuhan disebabkan cinta ritik..pjg lg episod citer ni rupanya. puas lah menunggu huhuuuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *