Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Hantu Punya Bos- Shukri Yahaya Dan Intan Najuwa

Sipnosis Drama Hantu Punya Bos- Shukri Yahaya Dan Intan Najuwa

 

Sipnosis Drama Hantu Punya Bos- Shukri Yahaya Dan Intan Najuwa

 

Sipnosis Drama Hantu Punya Bos- Shukri Yahaya Dan Intan Najuwa

Drama komedi romantik terbaru bertajuk Hantu Punya Bos yang diadaptasi daripada novel karya Dekna Lee terbitan oleh Love Novel. Dilakonkan oleh pelakon hebat Shukri Yahaya dan bergadingan dengan pelakon baru, iaitu Intan Najuwa selaku teraju utama. Drama bersiri 20 episod itu telah diarahkan oleh Feroz Kader. Akan  menghiasai slot Iris di TV3 pada 28/12/2016.  Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Drama Hantu Punya Bos- Shukri Yahaya Dan Intan Najuwa;

 

SINOPSIS DRAMA HANTU PUNYA BOS

Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas langsung di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar pelbagai kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela yang menyebabkan  hatinya juga ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama sahaja Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan juga dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby punya alasan! iaitu Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya juga akan singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, daripada meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu pula! Kewujudan Wandi membuatkan dia berasa tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah yang agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu pergi ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai seperti hantu itu?, apakah kesudahannya, mari kita sama-sama saksikan.

 

TAJUK : HANTU PUNYA BOS !

EPISOD : 20 episod semuanya

TARIKH / MASA : 28/12/2016 , 6.30 petang

SIARAN : Slot Iris di TV3

NOVELIS : karya Dekna Lee

PENGARAH : Feroz Kader

TERBITAN : MIG Beats Sdn Bhd

PARA PELAKON : Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Juliana Farhana, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Vicha Saywho, Serina Redzuawan,  

 

WATAK-WATAK PELAKON

Shukri Yahaya sebagai ‘Arrayyan Zainuddin’

Intan Najuwa sebagai ‘Abby’

Aizat Hassan sebagai ‘Hisyam’

Julia Farhana sebagai ‘Diela’

Jom RP kongsikan gambar-gambar Drama Hantu Punya Bos

 

Sipnosis Drama Hantu Punya Bos- Shukri Yahaya Dan Intan Najuwa

 drma hantu punya bos
 drma hantu punya bos

Gerenti best gilew dan meletup nanti , tambah-tamabh Shukri Yahaya yang berlakon, novel best sangat, harap drama pun akan best juga, gandingan terbaru tu , tengok jangan tak tengok.- Ramenpedas.com

Sumber: myinfotaip / IG #hantupunyabos

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *