Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Biar Aku Jadi Penunggu- Janna Nick Dan Ashraf Muslim

Sipnosis Drama Biar Aku Jadi Penunggu- Janna Nick Dan Ashraf Muslim

 

Sipnosis Drama Biar Aku Jadi Penunggu- Janna Nick Dan Ashraf Muslim

 

Sipnosis Drama Biar Aku Jadi Penunggu- Janna Nick Dan Ashraf Muslim

Drama bersiri terbaru Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi daripada novel karya Arsha. Akan diterajui  gandingan mantap antara Ashraf Muslim dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Arahan daripada pengarah terkenal iaitu Michael Ang. Akan menggantikan drama fenomena 7 Hari Mencintaiku dan akan bersiaran mulai 26 Disember 2016 di slot Akasia. Jom RP kongsikan Sipnosis Drama Biar Aku Jadi Penunggu- Janna Nick Dan Ashraf Muslim;

 

SINOPSIS DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU

Iffat Hamani dan Afeef Adwan telah bersahabat sejak di bangku sekolahlagi. Namun, persahabatan yang terjalin telah disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancangnya.

Iffat yang dalam diam telah menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka akan punya peluang untuk hidup bahagia atas janji-janji yang ditaburkan oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air nanti. Namun, tempoh masa dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga ke tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang khabar berita. Tetapi Iffat masih lagi berpegang pada janji-janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, akhirnya Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu adalah merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka telah berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan perkahwinan itu tidak berpanjangan apabila Damia diadpati curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sedia ada.

Afeef kembali semula ke tanah air dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar sangat terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel itu diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah lama menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia masih ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia juga tidak bersedia lagi untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal pula yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaanya. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur kerana dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya ada untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup sememangnya memberi petanda yang bahawa wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya sudah lama menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji-janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, akhirnya kembali diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali untuk meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mulai mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana rasa cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa oleh Afeet membuatkan hatinya kembali terluka. Apakah kesudahannya, dapatkah mereka bahagia,

 

TAJUK: BIAR AKU JADI PENUNGGU

EPISOD : 28 episod semuanya
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2016
HARI & MASA : Isnin-Khamis, jam 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia di TV3
PENULIS NOVEL : Arsha
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PARA PELAKON : Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad

WATAK -WATAK PELAKON

Janna Nick sebagai ‘Iffat Hamani’
Ashraf Muslim sebagai ‘Afeef Adwan’
Nik Adam Mika sebagai ‘Aqil’
Miera Leyana sebagai ‘Damia Hani’
Fahmy Reza sebagai ‘Rafaal’
Octovia Manrose sebagai ‘Hayati’
Shah Iskandar sebagai ‘Fazree’
Azar Azmi sebagai ‘Afia’
Mahmod Ali Bashah sebagai ‘Dato Azman’
Wilma Muhammad sebagai ‘Datin Maimon’

 LAGU TEMA: OST BIAR AKU JADI PENUNGGU
Penyanyi : Ronnie Hussein

 

Sipnosis Drama Biar Aku Jadi Penunggu- Janna Nick Dan Ashraf Muslim
biar aku jadi penunggu
biar aku jadi penunggu
Gerenti akan meletup nnati drama ni sepaerti drama-drama lain di slot Akasia, tambah -tambah lagi Janna Nick dan Ashraf Muslim yang berlakon, jom kita saksikan drama terbaru ini. Gerenti puas hati-Ramempedas.com
Sumber: notainfo / IG #biarakujadipenunggu

Incoming search terms:

Check Also

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak Dingin

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak Dingin

  Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak …

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

  Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar Baru-baru ini pasangan selebriti popular Hanis …

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

      Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia Jangan lupa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *