Home » Artis lelaki » Shaarnaz Ahmad Merisik Noornabila-Akan Berkahwin Tahun Hadapan

Shaarnaz Ahmad Merisik Noornabila-Akan Berkahwin Tahun Hadapan

 

Shaarnaz Ahmad Merisik Noornabila-Akan Berkahwin Tahun Hadapan

Shaarnaz Ahmad Merisik Noornabila-Akan Berkahwin Tahun Hadapan

Pelakon yang cukup popular dengan drama Awak Sangat Nakal  Shaarnaz Ahmad  telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila kakak kepada Neelofa pada 18 Disember 2016 minggu lalu (Ahad).

Menurut Shaarnaz lagi, dia dan Noornabila tidak akan melangsungkan majlis pertunangan tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

“Majlis pernikahan kami akan berlangsung pada suku pertama pada tahun hadapan, segala persiapan untuk bergelar suami saya sudah siap dengan sepenuhnya.

“Untuk majlis merisik ini saya memang sudah lama rancang, hari ini adalah hari paling sesuai setelah keluarga Noornabila pulang daripada umrah.

“Kali ini saya memang serius, lagipun umur saya pun sudah semakin meningkat, rasanya tidak wajar untuk saya main-main lagi mengenai hidup saya,” kata Shaarnaz Ahmad.

Tambah Shaarnaz lagi, pada majlis pernikahan mereka nanti dia akan menjemput semua media untuk hadir dan meraikan hari bahgianya itu.

“Pada Majlis pernikahan sudah semestinya kehadiran media amat-amat diperlukan kerana mereka yang telah banyak membantu saya serta memberikan publisiti kepada kerjaya seni saya.

“Ada antara rakan-rakan media yang dulunya adalah wartawan lapangan dan kini sudah pun menjadi editor, saya tidak akan lupakan mereka.

“Cuma majlis merisik ini cukuplah sekadar ahli keluarga yang terdekat yang hadir, apa-apa segala rezeki yang diberikan saya amat bersyukur,” katanya.

Meh RP kongsikan beberapa gambar sweet Shaarnaz dan Noornabila

Shaarnaz Ahmad Merisik Noornabila-Akan Berkahwin Tahun Hadapan

shaarnaz Ahmad merisik

 

Tahniah Shaarnaz Ahmad dan Noornabila, semoga ikatan akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Tidak sabar hendak tengok majlis pernikahn dan Resepsi mereka nanti. –Ramenpedas.com

Sumber: AstroGempak / Ig shaarnazahmad

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *