Home » korean addict » Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas

Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas

Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas

 

Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas

Selalu tengo drama korea , rancangan variety korea pasti ada Kimbap. Ianya makanan yang amat mudah, ringkas dan sedap untuk dimakan, Selalunya diorang wat Kimbap untuk dibawa pergi berkelah atau dijadikan sebagai makana ringan. Tengok gaya diorang makan sedap betul rasanya.

Jadi mari RP kongsikan Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas; 

 

CARA -CARA BUAT KIMBAP

 Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Beras Korea atau Jepun (beras kita memang tidak boleh la sebab jenis tidak melekit)
  2. Kim (dalam bahasa Korea) @ Seaweed (Untuk ini seaweed pastikan yang halal tau. Walaupun orang cakap seaweed saja tapi kena hati-hati sebab takut masa proses pembuatan ada campuran perisa ke apa yang tidak halal.)
  3. Lobak merah (potong panjang-panjang)
  4. Lobak putih (potong panjang-panjang)
  5. Telur (potong panjang-panjang)
  6. Hot dog/ Ketam (potong panjang-panjang)
  7. Daging Kisar
  8. Minyak bijan dengan bijan
  9. Bayam yang dicelur
  10. Tikar gulung buluh kecik comel boleh cari kat store korea or jepun.

Cara-cara membuatnya:

Letakkan sehelai seaweed di atas tikar buluh, lepas itu letakkan nasi atas seaweed. Separuh sahaja. Kemudian boleh mula susun bahan-bahan lain, seperti sosej, telur, lobak, daging dan sayur bayam tadi.

 

kimbap homemade

 

 

 

Semasa hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap menjadi mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelekkan ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap itu.

Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang. Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari dan jikalau  rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati…

 

kimbap homemade

 

 

Dah siap potong semua kimbap, bolehlah dihidangkan di atas pinggan panjang atau bulat. Enak dimakan dengan mayonis, sos black pepper. Yummy…

Sedapnya Kimbap, sesekala jom jadi orang korea pulak, selamat memcuba. –Ramenpedas.com

Sumber: Google / FB

Incoming search terms:

Check Also

Sipnosis Drama Korea Terbaru Third Rate May Way- Park Seo Joon Dan Kim Ji Won

Sipnosis Drama Korea Terbaru Third Rate May Way- Park Seo Joon Dan Kim Ji Won

  Sipnosis Drama Korea Terbaru Third Rate May Way- Park Seo Joon Dan Kim Ji …

Sipnosis Drama Korea Ruler Master Of The Mask- Yoo Seung Ho Dan Kim So Hyun

Sipnosis Drama Korea Ruler Master Of The Mask- Yoo Seung Ho Dan Kim So Hyun

    Sipnosis Drama Korea Ruler Master Of The Mask- Yoo Seung Ho Dan Kim …

Sipnosis Korean Drama Terbaru Suspicious Partner- Ji Chang Wook & Nam Ji Hyun

Sipnosis Korean Drama Terbaru Suspicious Partner- Ji Chang Wook & Nam Ji Hyun

  Sipnosis Korean Drama Terbaru Suspicious Partner- Ji Chang Wook & Nam Ji Hyun Drama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *