Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Ummi Nazeera Dan Mr. I

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Ummi Nazeera Dan Mr. I

 

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Ummi Nazeera Dan Mr. I

 

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Ummi Nazeera Dan Mr. I

Pelakon cantik, Ummi Nazeera, 26, telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarganya yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. I, 29.

Majlis Pertunangan tersebut telah diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang semalam.

Mr. I adalah merupakan seorang doktor yang berasal daripada Kuala Lumpur itu diwakili oleh pihak keluarganya dan telah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran juga oleh pihak perempuan. Pelakon drama bersiri paling popular, Patahnya Sebelah Sayap itu kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana berwarna blue black hasil rekaan Fizi Woo pada hari pertunangannya itu.

Ummi ketika ditemui selepas majlis pertunangan dengan Mr.I itu, menyatakan bahawa dia amat bersyukur kerana majlis yang telah diakan secara sederhana dan hanya dihadiri seramai 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat kedua-dua belah pihak itu berjalan dengan lancar.

“Bukan bertujuan mahu menyorokkan hari bahagia ini. Sebaliknya, keluarga mahukan sebuah majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri oleh keluarga rapat sahaja. Lantaran itu, saya harus menghormati permintaan mereka yang menginginkan ruang privasi,” katanya berterus-terang.

Ummi Nazeera yang cukup gembira berkongsikan saat manis kisah hubungan mereka, Ummi memberitahu, bahawa dia telah diperkenalkan oleh ibu pemuda itu pada 29 Januari tahun ini.

“Sejujurnya, kami berdua tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr. I pada 31 Januari lalu apabila dia telah menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp.

Sejak dari itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing antara satu sama lain di talian telefon.

“Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan kami menerusi mesej, dia akhirnya telah menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluahkan perasaan untuk bertemu.

“Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan bersyarat iaitu dia kena menemui ibu saya  (Dato’ Sri Maziah Musa, 52) terlebih dulu.

“Dia sememangnya cukup berani apabila datang ke rumah keluarga kami untuk berkenal-kenalan sambil menikmati makan malam bersama ibu saya. Itu adalah saat kali pertama kami bertemu.

“Dan oleh kerana keberanian yang dimilikinya itu telah menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.

“Dalam hati saya, dia sudah berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya. Dan atas dasar itu, saya menerima keikhlasan hatinya apatah lagi hubungan ini sememngnya menerima restu daripada ibu saya. Itu yang paling penting dan saat bahagia buat saya,” jelasnya.

Memasuki usia tiga bulan dalam mengenali hati budi masing-masing, Mr. I akhirnya telah melamar Ummi Nazeera untuk meneruskan hubungan itu ke fasa yang seterusnya.

“Dia datang berjumpa dengan ibu saya sekali lagi untuk meminta persetujuan bagi menghantar rombongan merisik.

Majlis merisik telah diadakan dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Selepas menerima persetujuan daripada ibu dan saya, kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat untuk melangsungkan pertunangan pada 11 Disember 2016,” kongsi Ummi dengan nada gembira.

Pasangan bahagia tersebut  bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun depan. Jadi mari RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Ummi Nazeera Dan Mr. I;

 

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Ummi Nazeera Dan Mr. I

 

 

ummi nazeera bertunang

 

 

 

ummi nazeera bertunang

 

 

majlis tunang ummi nazeera

 

 

umi

 

 

 

 

ummi nazeera dan mr. i

 

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Ummi Nazeera dan Mr I, semoga hubungan yang dibina akan ke jinjang pelamin. Tidak sabar untuk melihat majlis pernikahan dan resepsi mereka berdua. –Ramenpedas.com

Sumber:  Astrogempak / IG Umminazeera

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *