Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sheila Abdull Dan Gitaris Drama Band

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sheila Abdull Dan Gitaris Drama Band

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sheila Abdull Dan Gitaris Drama Band

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sheila Abdull Dan Gitaris Drama Band

Minggu ini, Penyanyi, Sheila Abdull, 28, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, yang juga pemain gitar kumpulan Drama band iaitu , Ammar Habir, 27, di Johor Bahru,

Memetik laporan daripda BH online, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan itu sendiri, Abdullah Abdul Rahman, di hadapan jurunikah, Ustaz Abu Bakar Watak, dalam majlis yang diadakan di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Rahmat, Tampoi.

Pada Majlis Pernikahan yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu, Sheila telah menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 berserta lima dulang hantaran daripada pemain gitar kumpulan Drama Band tersebut. Shiela kelihatan begitu anggun dalam busana berwarna putih sedondon dengan suaminya itu. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran saudara mara terdekat, ahli keluarga, rakan-rakan serta rakan-rakan artis.

Selain daripada nyanyian, Sheila kini juga turut terikat dengan kerja sebagai pramugari bersama sebuah syarikat penerbangan terkemuka. Mengenai perkenalannya dengan suami, kedua-duanya mulai rapat dua tahun lalu selepas mereka bekerjasama dalam projek single penyanyi terbabit.

Jadi mari RP kongsikan beberapa gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sheila Abdull Dan Gitaris Drama Band

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sheila Abdull Dan Gitaris Drama Band

 

sheila abdull kawin

 

sheila abdull kawin

 

gitaris drama band kawin

 

Tahniah diucapkan kepada Sheila Abdull dan Ammar Habir diatas hubungan yang dibina, dan semoga ianya akan berkekalan hingga ke anak cucu dan ke jannah. –Ramenpedas.com

Sumber: edisiviral / Ig Shelaabdul / Offical Photografer indipixels

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *