Home » gambar artis kahwin » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Deen Hot FM

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Deen Hot FM

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Deen Hot FM

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Deen Hot FM

Setelah Lapan tahun menyulam cinta, akhirnya penyampai radio Hot FM, Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 28, telah mengakhiri zaman bujangnya dengan isteri tercintanya iaitu Siti Nur Warda Aminuddin minggu lalu.

Dengan hanya dua kali lafaz, pasangan yang dinikahkan oleh Naib Imam Masjid Zahir, Md Isa Abdul Rahman, telah sah menjadi suami isteri pada Majlis Pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Ghufran, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah, Alor Setar.

Pada majlis pernikahan tersebut, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan. Deen tjuga urut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM 8,000. Deen Hot FM yang mengendalikan segmen Jam Hot bersama Issey dan Ammar bersyukur kerana segala perancangan mereka telah berjalan dengan amat lancar serta direstui Allah.

Bibit perkenalan antara Deen dan isterinya bermula di laman sosial, Friendster, pada lapan tahun lalu. Mereka akhirnya mengikat ikatan pertunangan pada 12 Disember, tahun lalu.

“Alhamdulillah, kini bermula fasa baharu dalam hidup kami berdua. Pastinya kami berdoa perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Deen, sifat penyayang dan prihatin yang ada pada Warda telah membuka pintu hatinya untuk menyunting wanita yang juga seorang guru itu sebagai isterinya.

Pasangan ini diraikan pada Majlis Resepsi di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah Kampus Mergong,  dana akan disusuli majlis menyambut menantu di kampung halaman Deen di Miri, Sarawak pada 17 Disember ini. Pasangan ini kelihatan anggun dan segak mengenakan busana pernikahan berwarna putih sedondon, manakala bagi majlis resepsi pula mereka mengenakan busana berwarna kelabu lembut yang di mana menaikkan lagi seri pengantin mereka. Jom RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Deen Hot FM untuk tatapan anda:

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Deen Hot FM

 

deen hot fm kawin

 

deen hot fm kawin

 

pernikahan deen hotfm

 

Tahniah RP ucapkan kepada Deen Hot FM dan isteri, semoga hubungan yang dibina ini akan berkekalan hingga anak cucu. –Ramenpedas.com

Sumber: BH / Ig Deen_hotfm / #deenwada / / Offical Photografer thesnapdans

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *