Home » info makanan » Coklat Daim Dan Toblerone -Guna Bahan Sesuai Selamat Dimakan

Coklat Daim Dan Toblerone -Guna Bahan Sesuai Selamat Dimakan

 

 

Coklat Daim Dan Toblerone -Guna Bahan Sesuai Selamat Dimakan

 

Coklat Daim Dan Toblerone -Guna Bahan Sesuai Selamat Dimakan

Pengeluar coklat berjenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kedua-dua jenis coklat tersebut  adalah sesuai dan selamat untuk dimakan oleh masyarakat Islam.

Menurut Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaannya Raja Zalina Raja Safran berkata, walaupun coklat Toblerone dan Daim telah dihasilkan di negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, produk terbabit sememangnya  memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

 “Pihak Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan produk kami memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

“Semua maklumat mengenai bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim tertera dan pengguna dinasihatkan agar merujuk kepada pek bungkusan,” katanya lagi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Bahagian Hab Halal JAKIM telah mengeluarkan kenyataan dua jenama coklat kegemaran ramai itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pengarahnya, Dr Sirajuddin Suhaimee dipetik berkata, tujuan JAKIM mengeluarkan kenyataan mengenai pengesahan sijil halal berhubung kedua-dua jenama itu kerana menerima banyak pertanyaan masyarakat yang ingin mendapatkan kepastian berkenaan status halal dua produk terbabit.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang dimana bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram,” kata syarikat itu.

tetapi ikutlah pendapat masing-masing, sama ada hendak makan atau pun tidak –Ramenpedas.com

Sumber: hmetro.com

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *