Home » info makanan » Cara Masak Telur Gulung Ala Korea -Gyeran Mari Yang Mudah

Cara Masak Telur Gulung Ala Korea -Gyeran Mari Yang Mudah

Cara Masak Telur Gulung Ala Korea -Gyeran Mari Yang Mudah

 

Cara Masak Telur Gulung Ala Korea -Gyeran Mari Yang Mudah

Gyeran Mari (telur gulung) adalah salah satu makanan Korea yang sering kelihatan dalam drama-drama bersiri Korea selain kimchi. Gyeran mari adalah telur gulung yang didadar terlebih dahulu, dengan campuran sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam, atau cili. Ia sebenarnya sama sahaja dengan dadar telur biasa, tetapi untuk rupa ianya lebih menggoda selera dan juga berkhasiat kerana ianya mempunyai campuran aneka sayur-sayuran.

Anda  ingin tahu cara untuk membuat gyeran mari? .. mari RP kongsikan Cara Masak Telur Gulung Ala Korea -Gyeran Mari Yang Mudah;

bahan-bahannya:

  • 2-3 telur ayam saiz sederhana;
  • sedikit garam;
  • lada secukup rasa;
  • 2 batang daun bawang, potong halus-halus;
  • 1 batang lobak merah-dipotong dadu;
  • bayam secukupnya- atau apa-apa sahaja sayuran yang ingin ditambah;

 

Cara-cara membuat:

Ketepikan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil tadi,

Sediakan kuali anti lekat, masukkan 1 sudu minyak , ratakan minyak tadi dengan menggunakan tisu,

Pukul  2 biji telur , kemudian masukkan, sayur-sayuran tadi dan daun bawang serta garam dan lada secukup rasa,

Panaskan kuali, tuang telur tadi dalam kuali anti lekat, ratakan sayur-sayurnnya,  api dikecilkan,

 

Cara Masak Telur Gulung Ala Korea -Gyeran Mari Yang Mudah

 

Jika telur sudah setengah masak, namun belum masak atasnya, bolehlah mulakan gulungan daripada hujung  telur. tinggalkan  sedikit  ruang kosong dihujung telur.

 

telur gulung korea

 

Pukul  lagi telur yang masih berbaki , tambah sedikit garam, dan tuang ke dalam kuali tadi di bahagian yang kosong agar sebati dengan hujung telur yang belum dilipat itu.

Setelah setengah masak, lipat terus daripada telur yang sudah dilipat tadi sebelumnya sehingga seluruh telur bergulung.  Masak sedikit lagi , bolehlah diangkat.

 

telur gulung korea

 

Kemudian bolehlah dipotong  dan lihatlah betapa cantiknya sayur-sayuran yang berada di lapisan gulungannya itu. Sedia untuk dihidang, yummy.

Haa senang kan.. selamat mencuba, gerenti sedap dan menyelerakan, pasti terasa seperti dalam drama Korea, makan telur gulung dengan Oppa.-Ramenpedas.com

Sumber: sidomi

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah pada 07/07/2017 yang …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

One comment

  1. Nampak menarik dan senang la..ok..boleh buat ni….thanks sharing Sheda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *