Home » Informasi » 10 Cara Kegunaan Lain Listerine Yang Boleh Diamalkan Selain Berkumur

10 Cara Kegunaan Lain Listerine Yang Boleh Diamalkan Selain Berkumur

 

 

10 Cara Kegunaan Lain Listerine Yang Boleh Diamalkan Selain Berkumur

 

10 Cara Kegunaan Lain Listerine Yang Boleh Diamalkan Selain Berkumur

Listerine adalah benda wajib ynag perlu ada di rumah untuk kegunaan berkumur, ianya memag amat bagus untuk menyucikan mulut kita sebelum dan selepas makan.

Tetapi tahukah anda selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang lebih bagus dan efektif yang korang tidak pernah tahu. Jadi mari RP  kongsikan 10 Cara Kegunaan Lain Listerine Yang Boleh Diamalkan Selain Berkumur;

 

1. Boleh hilangkan bau busuk pada ketiak anda
Caranya, tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental pada ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau kurang senang yang ada pada ketiak anda dan akan memberikan bau yang lebih segar.

 

2. Boleh hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Caranya, sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang terkena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ianya akan  membantu melegakan kegatalan dan dapat mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.

 

3. Boleh membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh untuk membasmi kuman di dalam mulut anda, tetapi juga di mangkuk tandas anda. Caranya, tuangkan sedikit Listerine dan sentallah mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman akan mati, dan mangkuk tandas anda pun berbau wangi.

 

4. Dapat membantu hilangkan kelemumur
Caranya, basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke rambut anda. Urut dan usap Listerine tersebut  ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Selepas itu balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Kemudian bolehlah dibilas kembali rambut anda.

 

5. Boleh menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang sering mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Caranya, campurkan Listerine dengan air dan spraylah ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh ia juga boleh dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika anda memandikan kucing tersebut.

 

6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika anda sudah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat anda masih tidak hilang, Cubalah anda guna Listerine pula. Caranya, sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mulai mengecut dan hilang. (Ikut kesesuain kulit muka)

 

7. Dapat Membasmi kuman pada berus gigi
Anda selalu berus gigi untuk menghilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tetapi bagaimana kalau berus yang anda gunakan tu pula berkuman? caranya mudah sahaja, tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkanlah berus gigi anda tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah anda boleh gunakannya tanpa was-was.

 

8. Boleh bersihkan skrin tv atau monitor computer anda
Caranya, Sprakany sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer anda. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang dalam sekelip mata.

 

9. Boleh menghilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika anda memang malas hendak basuh tong sampah di rumah tu dan anda tidak suka bau sampah yang busuk, caranya, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong sampah tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap segala bau tersebut.

 

10. Boleh melegakan masalah kaki anda
Caranya, tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan dengan sedikit air dan sedikit cuka putih. Rendamkanlah kaki anda selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit pada kaki anda pun akan lebih cantik dan sihat.

 

Haa itulah antara beberapa cara lain penggunaan Listerine yang boleh kita amalkan. Ianya mengikut kesesuian juga, jikalau dapati tidak sesuai jangan amalkan, RP hanya berkongsi sahaja. Selamat mencuba- Ramenpedas.com

Sumber: FB

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *