Home » gosip artis malaysia » Tahniah Lisa Surihani Dan Isteri Nubhan Kerana Disahkan Hamil

Tahniah Lisa Surihani Dan Isteri Nubhan Kerana Disahkan Hamil

Tahniah Lisa Surihani Dan Isteri Nubhan Kerana Disahkan Hamil

 

Tahniah Lisa Surihani Dan Isteri Nubhan Kerana Disahkan Hamil

Alhamdulillah. Jutaan tahniah RP ucapkan kepada pasangan bahgia Lisa Surihani dan Yusry KRU atas berita gembira ini kerana Lisa Surihani yang kini sedang hamil anak kedua mereka. Berita yang menggembirakan ini telah disampaikan oleh Yusry sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Untuk pengetahuan anda, anak pertama pasangan ini, iaitu Yahaira Leanne kini sudah pun mencapai usia setahun pada bulan September yang lalu. Ini caption Yusri di akaun Instgram miliknya:

Alhamdulillah… I am so grateful to have these 2 loves of my life. In shaa Allah, next year our little family will be four. Mummy Sayang @iamlisasurihani, I am sure you are as excited as I am… I am thankful to be going through this journey with you again and as you embark on your second trimester, I hope and pray that all will be well ????Yahaira sayang, hope you will be a loving kakak to your adik nanti ya ??

Diharapkan berita gembira ini akan memeriahkan lagi keluarga kecil Lisa dan Yusri, dan semoga semuanya akan berjalan lancar buat Lisa Surihani untuk kehamilan anak keduanya ini. Jikalau kali dapat baby boy pula, Alhamdulillah sudah lengkap sepasang anak mereka. Mari Sama-sama kita doakan.

 

Tahniah Lisa Surihani Dan Isteri Nubhan Kerana Disahkan Hamil

 

Tahniah juga diucapkan kepada Nubhan Ahmad yang dimana akan bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isteri tecintanya, iaitu Afifah Hidayah kini sedang hamil anak pertama mereka. Berita baik itu turut dikongsikan oleh Nubhan menerusi akaun Instagram miliknya kepada para peminatnya yang mungkin sudah lama menanti-nantikan pasangan bahagia ini untuk menimang cahaya mata pertama mereka. Ini caption Nubhan menerusi Akaun Instgramnya:

“Alhamdulillah, rezki Allah! Doakn yg terbaik buat kami ya. Baby tu malu-malu lagi,” tulisnya menerusi akaun Instagram sekaligus mengumumkan berita gembira itu kepada umum.

Setelah pengumuman tersebut dibuat, rata-rata ramai peminta mula membanjiri ruangan komen Instgram penyanyi itu untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini. Rata-rata ramai peminat mereka amat teruja dan tumpang gembira dengan berita yang telah dikhabarkan oleh pasangan ini. Tidak kurang juga ada yang turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri Nubhan ketika proses kehamilan ini.

Untuk pengetahuan semua, pasangan ini telah diberi ujian yang begitu hebat sekali apabila isteri Nubhan telah mengalami keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu.

Walaubagaimanapun, doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika mereka berkunjung ke Mekah baru-baru ini nampaknya akan termakbul. Duharapkan semoga kali ini segala urusan pasangan ini akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, Insyallah.isteri nubhan hamil

 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusri serta Nubhan dan isteri. –Ramenpedas.com

Sumber: BN

 

 

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *