Home » drama terbaru » Sipnosis Kdrama The Legend Of The Blue Sea-Lee Min Ho

Sipnosis Kdrama The Legend Of The Blue Sea-Lee Min Ho

Sipnosis Kdrama The Legend Of The Blue Sea-Lee Min Ho

 

Sipnosis Kdrama The Legend Of The Blue Sea-Lee Min Ho

The Legend of the Blue Sea ini adalah salah drama korea terbaru yang paling  dinanti-nantikan tayanganya. Kenapa drama “The Legend of the Blue Sea” ini sangat istimewa? ini adalah kerana  drama bersisri ini  dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat korea tidak lain tidak bukan, iaitu  Lee Min Ho (The Heirs) dan pelakon cantik Jun Ji Hyun (My Love From The Star).

Drama bersiri “The Legend of the Blue Sea” ini khabarnyaadlah mengenai legenda puteri duyung pada era Joseon yang diadaptasi daripada cerita “EOU yadam” karya seorang sarjana pada era Joseon bernama Yu Mong In.

Apa yang hebatnya channel tv Korea, SBS cepat-cepat membeli hak tayangnya, kerana tak mahu drama ini  seperti siri “Descendants of the Sun” yang jatuh ke “tangan” channel KBS2. Drama “The Legend of the Blue Sea” ini akan menjadi drama terakhir Lee Min Ho sebelum aktor berusia 29 tahun ini akan masuk kem askar selama 2 tahun.

Sedangkan bagi Jun Ji Hyun pula ,drama siri “The Legend of the Blue Sea” ini adalah merupakan drama  pertamanya sejak dia melahirkan anak pertamanya beberapa bulan yang  lalu.

Drama “The Legend of the Blue Sea” ini tealah diarahkan oleh Jin Hyeok yang dimana adalah pengarah drama popular “City Hunter” yang juga dibintangi oleh Lee Min Ho. Sedangkan penulis skrip bagi  drama”The Legend of the Blue Sea” ini adalah Park Ji Eun, yang juga merupakan skrip writer dari siri “My Love From The Star” dan “The Produsers”. Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Kdrama The Legend Of The Blue Sea-Lee Min Ho;

Sipnosis Drama The Legend of the Blue Sea:
Drma  ini diilhamkan oleh legenda Joseon klasik tentang seorang nelayan yang telah menangkap dan melepaskan puteri duyung. Drama ini menceritakan kisah cinta antara anak seorang keluarga bangsawan di era Joseon dan seorang puteri duyung.

Bagaimana pula  puteri duyung daripada masa Joseon telah berada di zaman moden di bandar Seoul? Shim Chung (Jun Ji Hyun) adalah puteri duyung yang telah menyedari bahawa dirinya telah dipindahkan ke zaman moden. Dia telah ditangkap oleh Heo Joon Jae (Lee Min Ho), seorang lelaki kacak tetapi dingin yang juga adalah seorang putera bangsawan dari Dinasti Joseon.

Tetapi pada masa ini, Joon Jae sedang bekerja dengan Jo Nam Doo (Lee Hee Joon), seorang penipu  yang mengajar Joon Jae untuk menjadi penipu yang genius. Namun kawan Joon Jae, Cha Shi Ah (Shin Hye Sun), yang bekerja sebagai penyelidik di KAIST, mungkin adalah merupakan satu-satunya harapan agar Shim Chung boleh bertahan hidup di dunia barunya itu.

Butiran The Legend of the Blue Sea:

Tajuk: The Legend of The Blue Sea
Tajuk tempatan: Pooreun Badaui Junsul
Pengarah: Jin Hyeok
Penulis skrip: Park Ji Eun
Channel: SBS (393)
Episodes: 20
Tarikh keluaran: 16 November 2016 – 19 Januari 2017
Masa: Rabu & Khamis, pk 22:00 (Khamis  & Jumaat- jam 8.10 malam- Malaysia)

Para pelakon The Legend of the Blue Sea:

Pelakon utama:

Jun Ji Hyun sebagai Shim Chung
– Kal So Won sebagai Sim Chung (kecil)
– Shin Eun Soo sebagai Shim Chung (muda)
Lee Min Ho sebagai Heo Joon Jae
– Jeon Jin Seo sebagai Heo Joon Jae (kecil)
– Jin Young sebagai Heo Joon Jae (muda)
Lee Hee Joon sebagai Jo Nam Doo
Shin Hye Sun sebagai Cha Shi Ah
Pemain penyokong:

Moon So Ri sebagai Ahn Jin Joo
Lee Ji Hoon sebagai Heo Cha Hyun
Shin Won Ho sebagai Tae Oh
Choi Jung Woo sebagai Heo Gil Joong
Hwang Shin Hye sebagai Kang Seo Hee
Sung Dong Il
Park Hae Soo sebagai Hong Dong Pyo
Na Young Hee sebagai Mo Yoo Ran

Sipnosis Kdrama The Legend Of The Blue Sea-Lee Min Ho

 

the legend of blue sea

 

the legend of blue sea

 

drama terbaru leemin ho

 

drama terbaru leemin ho

 

jun ji hyun

 

 

Mesti best giler t nih, tak sabar hendak tengok drama ikan duyung versi Korea lak, selalu tengok drama Filipina jew.. Ensem gilew lah Lee Min Ho, gerenti meleyup nanti, jom sama-sama saksikan. –Ramenpedas.com

Sumber: koreadramaterbaru

Incoming search terms:

Check Also

Sipnosis The Best Hit Drama Korea Terbaru-Yoon Si Yoon Dan Cha Tae Hyun

Sipnosis The Best Hit Drama Korea Terbaru-Yoon Si Yoon Dan Cha Tae Hyun

  Sipnosis The Best Hit Drama Korea Terbaru-Yoon Si Yoon Dan Cha Tae Hyun Drama …

Sipnosis Drama Biniku Ninja- Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Sipnosis Drama Biniku Ninja- Jihan Muse Dan Ungku Hariz

  Sipnosis Drama Biniku Ninja- Jihan Muse Dan Ungku Hariz Jangan lupa untuk menyaksikan  drama …

Sipnosis Drama Terbaru Seharum Mawar Slot Widuri Di Tv 1

Sipnosis Drama Terbaru Seharum Mawar Slot Widuri Di Tv 1

  Sipnosis Drama Terbaru Seharum Mawar Slot Widuri Di Tv 1 Jangan lupa untuk menyaksikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *