Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz Dan Amyra Rosli

Sipnosis Drama Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz Dan Amyra Rosli

 

Sipnosis Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz Dam Amyra Rosli

 

Sipnosis Drama Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz Dan Amyra Rosli

Drama terbaharu akan bersiaran di Astro Ria bertajuk Isteri Tuan Ihsan. Sebuah drama adaptasi daripada novel karya Sara Kyoko. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan  terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama bersiri sebanyak 20 episod itu akan diterajui oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Amyra Rosli. Akan mula bersiaran pada 05/12/2016 jam 10 malam. Jadi jom RP kongsikan Sipnosis Drama Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz Dan Amyra Rosli;

  • TAJUK : ISTERI TUAN IHSAN
  • EPISOD : 20 episod semuanya
  • TARIKH dan MASA : 05/12/2016  / jam 10 malam
  • SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123 (isnin -khamis)
  • PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
  • TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
  • PARA PELAKON : Aaron Aziz, Amyra Rosli, Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim
  • WATAK -PELAKON
  • Aaron Aziz sebagai Tuan Ihsan Iskandar
  • Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina

 

 SINOPSIS DRAMA ISTERI TUAN IHSAN

 

Seroja Irdina adalah  gadis 24 tahun, membesar di ibu kota . Sering berkunjung ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-temannya. Demi ingin melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani . Saroja jugaamat  lantang dalam bersuara. Tetapi apa yang pasti dia sangat nakal , manja dan keras kepala ( pakej semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Saroja ).

Tuan Ihsan Iskandar sedih kerana keliru antara cinta dan teman, dia telah pergi jauh untuk membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan baru di kota London. Tumpuannya adalah hanya pada kerjaya, tidak pernah terlintas langsung untuk jatuh cinta sehingga mencapai usia 47 tahun.

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan telah kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia akhirnya dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang perlu dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja( Imaninah ) adalah teman istimewa bagi Tuan Ihsan. Pada Imanina , Tuan Ihsan seorang sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja adalah sebatang kara. Ini kerana Imaninah  dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh telah berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarganya. Episod baru bermula kehidupan Seroja apabila tinggal banglo mewah milik Tuan Ihsan.

Hari pertama Seroja Irdina ke banglo Tuan Ihsan. Seroja akhirnya memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan sifat suka melawanya dan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Tetapi didalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja amat susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan sehingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja Irdina. Tuan Ihsan yang telah digelar ” Pak Cik Hot “ pening kepala dengan kerenah Seroja. Seroja juga telah diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau segala pergerakan Seroja.

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang amat kuat, sesiapa sahaja amat mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah rumah Tuan Ihsan mula mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar mula menjadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan oleh Tuan Ihsan , Seroja telah mewujudkan applikasi group whatsap iaitu Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka mula bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan , projek dan pelbagai lagi .

Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja sering kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing – masing mula terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yang agak terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya,adakah dia jatuh cinta  kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula mula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, dan apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”?

Kehadiran Dr. Zaim , mula membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan mula rasa tercabar. Ditambah pula apabila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak terlalu mengongkong Seroja. Tuan Ihsan mula terus merasa dirinya tercabar apabila Seroja mulai rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim pula terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia pula rasa cemburu bila melihat kemesraan Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan.

Tuan Ihsan telah pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsudin ( Datuk Seroja ) untuk meminta dia menjadi wali Seroja tetapi keegoan Tan Sri enggan untuk mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar dia 10 juta. Sholeh ( ayah ) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia. Dengan ini saja mereka boleh bernikah.

Perkahwinan yang telah dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group telah bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa hidup bersendiri, kadang dia terlupa bagaimana untuk menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya dan remajanya, masih dengan keras kepalanya, barannya juga tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri raja dan dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, jangan ada sebarang rahsia dan dia mudah berburuk sangka.

Disangka Tan Sri Shamsudin terus menjulang keegoannya dirinya. Masa berganti terlalu pantas. Kehadiran cicit ternyata melembutkan hati Tan Sri Shamsudin. Pada mulanya keengganan Seroja Irdina untuk memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsudin yang semakin uzur dimakan usia. Akhirnya persaudaraan yang terputus terjalin semula . Seroja dan Tuan Ihsan akhirnya bahagia . Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia.

Sipnosis Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz Dam Amyra Rosli

 

isteri tuan ihsan
isteri tuan ihsan

 

aaron aziz isteri tuan ihsan

 

aaron aziz isteri tuan ihsan

 

 

amyra rosli isteri tuan ihsan

 

 

amyra rosli isteri tuan ihsan

 

Jadi mari kita saksikan nanti apakah kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan adaptasi dari novel karya asal Sara Kyoko ini. Mesti best gilew Amyra Rosli dan AAron Aziz nih. Gerenti meletup nanti. –Ramenpedas.com

Sumber: kepalabergetar / #isterituanihsan

 

Incoming search terms:

Check Also

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak Dingin

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak Dingin

  Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta -Dayang Nurfaizah Ost Pinggan Tak Retak Nasi tak …

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

  Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar Baru-baru ini pasangan selebriti popular Hanis …

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

      Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia Jangan lupa …

One comment

  1. Siapakah pemilik sebenar rumah isteri tuan ihsan ? Saya tertarik dengan gaya rumah mewah itu😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *