Home » animasi » Sipnosis Boboiboy Galaxy Bermula 25 November Di Tv3

Sipnosis Boboiboy Galaxy Bermula 25 November Di Tv3

Sipnosis Boboiboy Galayxy Bermula 25 November Di Tv3

 

Sipnosis Boboiboy Galaxy Bermula 25 November Di Tv3

Hari ini 25/11/2016 bermulanya siri terbaru Boboiboy -Boboiboy Galaxy yanag akan disiarkan di Tv 3 pada pukul 5.oo petang setiap jumaat.  Sipnosis BoboiBoy Galaxy adalah mengisahkan mengenai pengembaraan BoboiBoy dan kawan-kawannya yang ke galaxy lain demi untuk menyelamatkan Sfera Kuasa daripada jatuh ke tangan kuasa jahat.

Sebenarnya masih banyak lagi sfera kuasa selain daripada Ochobot di luar sana. Bagi setiap sfera kuasa, ianya mempunyai kuasa yang berbeza-beza. Jika Ochobot boleh memberikan kuasa luarbiasanya kepada BoboiBoy dan rakan-rakan, sfera kuasa yang lain pula mempunyai kuasa extra masing-masing. Contohnya sfera kuasa Motobot. Ianya mempunyai kuasa untuk menukarkan objek untuk menjadi kenderaan yang canggih.

Contoh lain bagi Sfera Kuasa adalah Klamkabot. Ianya mempunyai kuasa teleportasi. Oleh sebab itu sebelum Kalmkabot mati dia telah memindahkan kuasa tersebut kepada Ochobot.

Episod pertama bagi Boboiboy Galaxy bermula apabila Ciciko bersama dengan Sfera Kuasa Motobot telah dikejar oleh penjahat daripada galaxy yang lain. Tujuan utama mereka adalah untuk merampas Motobot demi mendapatkan kuasa istimewa sfera kuasa itu. Ciciko (Komander Kokoci) yang telah terdesak untuk menyelamatkan diri telah menghubungi Ochobot di bumi.

Dengan pertolongan  Ochobot yang dimana telah membuka pintu ruang angkasa, mereka akhirnya telah mendarat di bumi dan menceritakan segalanya kepada BoboiBoy dan Gopal.

Sebenarnya di galaxy sana Ciciko adalah seorang Komander Pasukan TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheras), kumpulan inilah yang menjaga sfera kuasa daripada jatuh ke tangan kuasa jahat.

TAPOPS mengembara ke satu galaxyke satu galaxy untuk mencari dan mengesan Sfera Kuasa serta melindungi mereka daripada kuasa jahat yang sememangnya berkehendakkan sfera kuasa untuk kegunaanbagi misi jahat mereka.

Bagi BoboiBoy dan Gopal yang sudah agak bosan kerana bumi telah aman sehinggakan mereka jarang dapat untuk menggunakan kuasa istimewa mereka tertarik untuk menyertai TAPOPS dan mereka juga akan turut disertai oleh rakan-rakan mereka yang lain seperti Yaya, Ying, dan Fang. Dari sinilah bakal bermulanya pengembaraan BoboiBoy dan rakan-rakan ke seluruh galaxy.

 

Sipnosis Boboiboy Galayxy Bermula 25 November Di Tv3

 

 

 

boboiboy galaxy

 

boboiboy galaxy

 

Dapatkah Boboiboy dan rakan-rakanya memyelamatkan sfera kuasa dan bumi, mari sama-samakita saksikan. Mesti adik-adik akan teruja untuk melihat animasi terbaru siri Boboiboy nih-Ramenpedas.com

Sumber: sohoque.com

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *