Home » filem » Review Filem Wajib Tonton Fantastic Beast And Where To Find Them

Review Filem Wajib Tonton Fantastic Beast And Where To Find Them

 

Review Filem Wajib Tonton Fantastic Beast And Where To Find Them

 

Review Filem Wajib Tonton Fantastic Beast And Where To Find Them

Bagi yang sememangnya mengikuti filem-filem box office legasi Harry Potter, pastinya akan ternanti-natikan pula filem adaptasi terbaru hasil karya J.K Rowling yang diangkat ke pawagam. Untuk pengetahuan anda filem Fantastic Beast And Where To Find Them ini  keseluruhanya mempunyai 5 buah buku yang akan diangkat ke layar perak. Fantastic Beast And Where To Find Them adalah mengenai 70 tahun sebelum bermulanya  cerita mengenai Harry Potter. Buku Fantastic Beast And Where To Find Them ini adalah buku teks yang perlu dipelajari oleh pelajar tahun pertama di Hogwarts mengenai cara bagimana untuk menangani binatang-binatang magis.

Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli sihir muda yang bernama Newt Scarmender, beliau adalah bekas pelajar Hogwarts yang telah dibuang atas sebab kononya binatang-binatang magic yang dijaganya membahayakan pelajar lain. Newt Scarmender telah tiba di kota New York bersama sebuah beg yang penuh misteri dan  pada masa itu mengalami krisis diantara ahli sihir dan manusia, apabila tiba di sana Newt telah terjebak dengan masalah yng tidak pernah dibayanginya, iaitu benda yang pelik berada di dalam beg misterinya itu telah terlepas dan membuat kekecohan. Rupa-rupa benda mistei yang ada di dalam beg tersebut adalah binatang-bintang magis yang telah ditangkapnya untuk dipelihara, apa yang akan terjadi, adakah Newt berjaya untuk menangkap kembali binatang-binatang tersebut, itu yang anda perlu pergi menonton.

Apa yang menarik mengenai filem ini sehingga wajib ditonton;

  1. Pelakon yang memegang watak sebagai Newt Scarmender adalah Eddie Redmayne adalah merupaka pemenang pelakon terbaik di  Golden Globe Award, Academy Award, Bafta Award dan banyak lagi menerusi filem lakonannya The Theory Of Everything , Eddie membawakan watak sebgai Newt Scarmender seorang ahli sihir muda dengan begitu bersahaja dan hidup lakonannya, dia membawa kita betul-betul ke alam magis Newt Scarmender.
  2. CGI untuk filem Ini tidak perlau dipertikai lagi, sememangnya begitu cantik dan real sekali, terutamanya mengenai watak binatang-binatang magis yang dihidupkan dalam filem ini,  nampak betul-betul hidup.
  3. Filem ini bukan sahaja mengenai filem tentang ahli sihir semata-mata, tetapi ianya adalah mengenai hubungan kasih sayang seorang ahli sihir dan binatang-binatang magis yang dijaganya.
  4. Mengenai kepercayaan diantara ahli sihir dan manusia yang bekerjasama untuk mengatasi masalah yang berlaku.
  5. Pelakon-pelakon hebat ada dalam filem ini seperti Collin Farrel, Katherin Waterstone, Dan Fogler serta yang paling mengejutkan kemunculan Johhny Deep disaat akhir yang akan membuatkan kita ternanti-nantikan filem kedua Fantastic Beast ini.
  6. Gaya lakonan kesemua pelakon terutamanya Eddie Redmayne, sebagai Newt Scarmender sememangnya begitu berkesan dan mereka betul-betul membawa kita ke alam ahli sihir yang begitu indah serta ayat -ayat jampi yang dimana  mengembalikan nostalgia filem-filem Harry Potter.

Review Filem Wajib Tonton Fantastic Beast And Where To Find Them

 

newt scarmender

 

newt scarmender

 

FANTASTIC BEASTS -newt scaarmender

 

FANTASTIC BEASTS -newt scaarmender

Apa-apa pun filem Fantastic Beast And Where To Find Them sememangnya wajib ditonton oleh semua golongan kerana ianya memberikan kita inspirasi dunia magis ahli sihir. RP bagi 10 bintang untuk filem ini.

Tengok jangan tak tengok. Newt Scarmender memang Owesome-Ramenpedas.com

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *