Home » gambar anak artis » Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Jemyma Anak Fasha Sandha

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Jemyma Anak Fasha Sandha

 

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Jemyma Anak Fasha Sandha

 

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Jemyma Anak Fasha Sandha

Comel sungguh sambutan majlis hari lahir kedua buat anak kedua anak pelakon drama popular Lara Aishah Fasha Sandha iaitu Putri Raysha Jemyma. Majlis tersebut bertemakan warna merah dan Hello Kitty, Majlis tersebut turut diraikan sama oleh bekas suami Fasha, iaitu Jejai dan ianya berlangsung di Hartamas.

Kemunculan bekas suami Fasha, iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagi Jejai ke majlis tersebut telah mendapat reaksi positif daripada para peminat dan pengikut IG aktres Lara Aishah itu. Pengikut dan peminat  di IG memuji ketabahan dan sikap profesional Fasha apabila dia dan Jejai telah bersama-sama Jemyma ketika acara memotong kek Hari lahir.

Selain itu juga ,  ramai peminat Fasha yang kagum dengan hubungan pelakon wanita tersebut dan juga bekas suami yang masih boleh bersama-sama menyambut hari istimewa cahaya mata mereka walaupun mereka kini tidak lagi bersama dan yang pastinya perkara tersebut adalah sesuatu yang jarang-jarang terjadi.

Rata-rata mereka turut mendoakan agar Fasha dan Jejai akan kembali disatukan semula selepas melihat kemesraan mereka itu. Antara komen-komen peminat ialah pada pasangan tersebut adalah  ‘Semoga family Fasha bersatu semula, happy birthday Jemyma.’‘Keluarga yang bahagia, mudahan Tuhan satukan kembali dan Fasha dan alangkah baiknya kalau you all bersatu.

Kehadiran Jejai ke majlis hari lahir Jemyma itu menunjukkan sememangnya dia seorang yang sangat positif mengenai tanggungjawabnya kepada anak-anak. Majlis sambutan hari lahir itu juga turut dihadiri oleh beberapa rakan selebriti dan dimeriahkan lagi dengan sokongan kelab peminat Fasha Sandha.

Jadi mari RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Jemyma Anak Fasha Sandha;

 

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Jemyma Anak Fasha Sandha

 

besday anak fasha

 

besday anak fasha

 

Comelnya Jemyma nih, semoga menjadi anak yang solehah dan membesar dengan cantik.-Ramenpedas.com

Sumber: Rotikaya

 

 

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *