Home » Artis lelaki » Gambar Sekitar Majlis Resepsi Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Amar Baharin Dan Amyra Rosli

 

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Malam tadi telah berlangsungnya upcara Majlis Resepsi pertama bagi mempelai raja sehari iaitu Amar Baharin dan isteri tercintanya Amyra Rosli. Pasangan popular yang sama cantik sama padan ini telah diraikan dengn begitu meriah sekali. Tema bagi Majlis Resepsi ini adalah Fairy Tale Wedding. Apa yang paling mencuri tumpuan adalah gaun yang dipakai Amyra Rosli semasa Majlis Resepsinya itu.

Amyra Rosli kelihatan begitu cantik dan menawan sekali mengenakan gaun ala Puteri Barbie fairytale berwarna coklat berkilauan hasil rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini. Amar Baharin juga kelihatan begitu segak sekali mengenakan busana ala putera diraja sedondon dengan isterinya itu. Gaun Amyra ini sangat memukau pandangan umum di saat langkah pertama dia memasuki majlis tersebut. Gaun kembang ala princess cinderella ini setanding  gaun pengantin Anzalna Nasir , Che Ta dan gaun isteri Aliff Aziz.

Bukan sahaja persalinan mereka ala fairytale tetapi pelamin dan kek perkahwinan mereka juga sangat gah, ini adalah kerana ianya juga  mengikut tema yang sama dimana keknya berbentuk bak istana dan pelaminnya pula nampak simple tetapi sangat eksklusif . Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran sanak saudara, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan artis serta media.

Pasangan raja sehari ini kelihatan amat gembira dan bahagia sekali semasa majlis resepsi tersebut berlangsung. Pasti saat ini akan dikenang seumur hidup mereka. Rata-rata para peminat mereka turut gembira dan mereka mendoakan agar Amar dan Amyra bahagia hingga ke akhir hayat dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata yang comel-comel nanti. jadi mari RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Resepsi Amar Baharin Dan Amyra Rosli untuk tatapan anda

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Amar Baharin Dan Amyra Rosli

 

gambar resepsi amyra rosli

 

gambar resepsi amyra rosli

 

gambar resepsi amar baharin

 

gambar resepsi amar baharin

 

gambar resepsi amar baharin

 

Apa-apa pun tahniah diucapkan sekali lagi kepada Amar baharin dan iesteri tercintanya Amyra Rosli dan diharapkan hubungan yang dibina ini akan berkekalan hingga ke jannah. Tidak sabar hendak tengok resepsi kedua mereka pada 19/11 ini. Cantik gilew la gaun Amyra Rosli nih, princess sangat. –Ramenpedas.com

Sumber: Ig amarbaharin dan amyrarosli  / Ig Rizmanruzini / Hlive /  jom kahwin / Ig #amyramar / manggis.tv 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *