Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Siti Saleha Dan Lufti Azhar

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Siti Saleha Dan Lufti Azhar

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Siti Saleha Dan Lufti Azhar

 

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Siti Saleha Dan Lufti Azhar

Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik Siti Saleha kerana selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, Siti Saleha Baharom, 26, telah selamat melangsungkan Majlis pertunangan dengan kekasih hatinya, iaitu Lutfi Azhar, 30, pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, pada hari minggu yang lalu. Siti Saleha kelihatn begitu anggun dalam dress berwrna coklat muda hasik rekaan @nuritaharith.

Lutfi Azhar, yang dimana seorang pegawai kerajaan, hadir bersam-sama rombongan keluarganya. Pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran yang dibalas lima dulang hantaran pula oleh pihak perempuan. Menurut Siti Saleha kepada wartawan BH Online, dia amat bersyukur majlis pertunangan dengan kekasih hatinya itu berjlan lancar.

“Saya mahukan majlis pertunangan yang ringkas dan tertutup. Disebabkan itulah, saya hanya mengundang ahli keluarga dan kenalan rapat saja. “Bukan mahu menyorok hari bahagia, tetapi ini hanya majlis pertunangan. Saya mahukan ruang peribadi untuk keluarga,” katanya.

Pelakon cntik ini  yang pernah diangkat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun 2013 dan 2014 itu memberitahu, dia dan Lutfi telah saling jatuh cinta apabila mereka mula rapat sejak setahun lalu.

“Sebelum ini, saya hanya dengar namanya melalui teman selama dua tahun. Apabila diperkenalkan, bermula sebagai kenalan biasa, lama-kelamaan apabila kerap bertemu, hubungan kami mulai rapat. “Saya tidak sangka, Lutfi melamar saya ketika kami menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai lalu. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik. “Hari ini, kami bertunang pula. InsyaAllah, kami akan melangsungkan perkahwinan tahun depan,” katanya dengan nada gembira.

Rata-rata para peminat amat gembira mendengar berita gembira ini dan ramai yang mengucapakan tahniah kepada Siti Saleha dan tunangannya itu apabila dia berkongsikan gambar-gambar pertunangnanya itu di laman Instgram miliknya.

Jadi mari RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Siti Saleha Dan Lufti Azhar untuk tatapan anda;

 

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Siti Saleha Dan Lufti Azhar
gambar siti saleha bertunang
gambar siti saleha bertunang
siti saleha bertunang
siti saleha bertunang
gambar majlis pertunangan siti saleha
gambar majlis pertunangan siti saleha
Tahniah sekali lagi Siti Saleha, tidak sabar hendak tunggu Majlis pernikahn dan Resepsi mereka pada tahun hadapan. –Ramenpedas.com

Sumber: BH / IG Sallywho / #salut / offical photografer @qahhrphotography  @f3ichaiz

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *