Home » artis luar negara » Gambar Fairytale Wedding Di Disneyland Sandra Dewi Artis Indonesia

Gambar Fairytale Wedding Di Disneyland Sandra Dewi Artis Indonesia

sGambar Fairytale Wedding Di Disneyland Sandra Dewi Artis Indonesia

 

Gambar Fairytale Wedding Di Disneyland Sandra Dewi Artis Indonesia

Pelakon dan model  terkenal Indonesia iaitu Sandra Dewi dan pasanganya Harvey Moeis, telah melangsungkan Majlis resepsi  di Tokyo Disneyland, Jepun. sebelum itu Sandra Dewi dan  suaminya berkahwin di Gereja Katedral, Jakarta, pada hari Selasa yang lalu (8/11/2016).

Apa yang menarik di acara resepsi perkahwinan Sandra Dewi dan Harvey Moeis ini adalah  kasut daripada kaca seperti kasut Cinderella rekaan Jimmy Choo yang dimana Sandra Dewi memakainya pada majlis resepsi tersebut. Sandra Dewi berkahwin dengan seorang pengusaha lombong timah, Harvey Moeis.

Perkahwinan Sandra Dewi dan Harvey Moeis yang diadakan di Disneyland Tokyo, Jepun ini  menjadi perhatian yang luar biasa bagi rakyat Indonesia dan para peminatnya. Tentu sahaja Sandra Dewi tidak boleh mewujudkan impian besarnya itu jikalau tanpa keluarga yang memberikan sokongan. Salah satunya adalah  sokongan  daripada adiknya Kartika Dewi yang juga tampil begitu cantik dengan memakai dress biru ala Cinderella, Sandra Dewi pula begitu anggun mengenakan busana indah di resepsi perkahwinannya dengan Harvey Moeis di Disneyland, Jepun. Gaun perkahwinan yng amat cantik itu mempunyai gaun kembang yang cukup indah, dengan bolero dengan pita besar pada bahagian belakang. Penampilan Sandra Dewi pada majlis resepsinya ini dengan gaun tersbut benar-benar secantik  Cinderella.

Bak kata orang, jangan takut untuk bermimpi kerana suatu hari nanti Tuhan akan merealisasikannya. Kata-kata itu sangat tepat untuk menunjukkan betapa bahagianya Sandra Dewi dan suami tercintanya Harvey Moeis ketika mengadakan majlis resepsi di Disney Wedding di Disnyeland Tokyo Jepun. Setelah berarak persis seorang putera dan puteri diraja, Sandra dan Harvey  melakukan pula sebuah perarakan bersama Mickey dan Minnie Mouse!

Setelah mereka melangsungkan acara resepsi di Istana Cinderella, Disneyland, Sandra Dewi dan Harvey Moeis mengadakan acara makan malam bersama seluruh undangan dan ahli kelurga yang turut serta yang menghadiri resepsi mereka di sana. Walaupun ini adalah acara rasmi, namun ianya berlangsung dengan meriah dan penuh bahagia dari pasangan pengantin.

Sandra Dewi tampil begitu cantik dengan gaun rancangan pereka Cynthia Tan. Gaun berwarna putih itu simple, dengan lengan panjang yang sungguh elegan persis seorang puteri daripada kerajaan dongeng. Ianya juga dilengkapi dengan kasut dari Jimmy Choo dan mahkota karya Rinaldi A Yunardi, penampilan Sandra di malam resepsinya ternyata istimewa.  Jadi mari RP kongsikan Gambar Fairytale Wedding Di Disneyland Sandra Dewi Artis Indonesia;

 

Gambar Fairytale Wedding Di Disneyland Sandra Dewi Artis Indonesia

 

majlis resepei sandra dewi

 

majlis resepei sandra dewi

 

sandra dewi

 

Cantiknya dan memang macam wedding ala Cinderella pula. Selamat berbahgia Sandra dewi. –Ramenpedas.com

Sumber : IG sandradewi / #harveysandrawedding / Offical wedding photografi @axioo, @awie  @ivanmario / kapanlagi

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *