Home » info makanan » Bahaya Kulit Bayi Bertukar Oren Akibat Makan Puree??

Bahaya Kulit Bayi Bertukar Oren Akibat Makan Puree??

Bahaya Kulit Bayi Bertukar Oren Akibat Makan Puree??

Bahaya Kulit Bayi Bertukar Oren Akibat Makan Puree??

Baru-baru ini viral di sosial media tentang artikel  kulit bayi yang bertukar Warna oren.. Bunyinya macam pelik dan mustahil tapi ianya benar dan mampu terjadi akibat makanan yang  tidak seimbang.. jadi jom kite Baca penjelasan lanjut dari Dr. Aishah

Berikut adalah sebab dan mengapa Simtom  carotenosis terjadi..

 

bayi oren

 

BAYI OREN

Jarang tetapi ada!

Hari ini di klinik berjumpa dengan seorang ibu membawa bayinya berumur 9 bulan kerana kulit anaknya bertukar menjadi oren.

Ye betul, bukan kuning tetapi OREN.

Setelah tanya dengan lebih mendalam, rupanya si ibu ni suka buat puree untuk bayinya tu. Hari2 buat puree carrot dan pumpkin sahaja.

Sekarang kan ibu2 lebih senang buat makanan homefood sendiri kan. Simpan freeze kan dlm peti macam2 jenis puree. Tetapi banyak terlepas pandang bahawa puree yang di buat itu hanyalah berasaskan SAYUR dan BUAH sahaja.

Jadi pagi petang siang malam si ibu ni suapkan anak dengan puree carrot dan pumpkin. Hanya ini sahaja.Tak bagi nasi, atau bubur, ikan bilis ke ayam ke tiada .

Harapannya supaya si anak makan pemakanan yg sihat. Tetapi ramai lupa tentang KESEDERHANAAN. Makan sayur sahaja hari2 juga anak akan tak sihat!

Lama lama disebabkan overdose carrot dan pumpkin ni, kulit anak bertukar menjadi OREN.

Ini dipanggil carotenosis.

Carotenosis bermaksud kandungan pigmen oren yang tinggi dalam badan menyebabkan ia akan dikeluarkan melalui peluh dan kencing, dan kemudian akan meresap dalam kulit.

Jadi tempat yang paling tinggi berpeluh dan lembap akan lebih tinggi warna orennya seperti tapak tangan dan tapak kaki.

Sekarang terpaksalah berhentikan anaknya dari makan carrot dan apa2 jenis sayur yang tinggi carotenoids.

Ni saya bagi list diruangan komen makanan yang tinggi carotenoids. Yang ni yang biasa kita suka bagi, tetapi banyak lagi sebenarnya bolehla google.

Moral of the story, seimbangkanlah makanan untuk bayi kita. Jangan terlalu ikut trend makan puree sayur dan buah sahaja sehingga lupa untuk kenalkan anak dengan nasi, ayam, daging dan sebagainya.

Boleh baik ke?

Boleh..ambil masa berminggu/bulan untuk kulit anak kembali warna asal.

Dr. Aishah
013.972.5629

Punca kulit bayi bertukar oren

RP jugak nak kongsikan sedikit petikam dari Doctor luar Negara.. 

Carotene is a precursor of vitamin a and the yellow color comes from a build-up of carotene from the ingestion of yellow vegetables like squash and carrots. It is totally harmless and you can differentiate it from jaundice by looking at the whites of the eyes. If they are also yellow, it is jaundice. Decrease intake of yellow veggies

ini bermakna penyakit ini memang wujud.. jadi berserdehanalah.. dalam memberi makanam terhadap anak-anak, pelbagaikan makanan mereka mengikut kesesuaian, protein juga penting bukan sayur sayuran dan buah buahan sahaja…

Sumber FB : Aishah Alsagoff – Ramenpedas.com

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *